Followers

Wednesday, February 16, 2011

Bukittinggi Trip-Day 1


11th February 2011, Friday

This would be my first trip in 2011. Padang, seriously I have no idea about it. Zero knowledge. I've bought the ticket on May last year, hasil pujukan Felicia, rakan sepejabatku. Oleh kerana minatku begitu mendalam dengan kain sulam bunga timbul, maka Felicia meracuni aku untuk ke sana kerana kain sulaman yang ku idamkan selama ini pada asalnya dibuat di Bukittinggi Padang. Tiket dibeli dengan harga RM73 dari penerbangan Air Asia. Oleh kerana Felicia bercadang untuk membawa satu keluarga bercuti ke sana, maka aku invite Intan, rakan sepejabatku jugak untuk menjadi teman sebilik. Excited??? nah....serious no, cos bila di google info about Padang memang not much yang kita boleh dapat.


And so harinya sudah tiba, penerbangan kami dijadualkan berlepas pada pukul 750am. Aku bangun seawal 430am untuk bertolak ke LCCT. Sampai di Minangkabau International Airport pada pukul 735am waktu tempatan. Flight kami tiba setengah jam awal walaupun pada asalnya penerbangan kami dijangka mengambil masa selama 1jam 10 minit untuk sampai ke destinasi. Pemandangan sebelum mendarat memang indah. Kelihatan banyak pokok palma di persisiran laut, persis Hawaii gitu hahah. Setibanya di kaunter imigresen, keadaan memang sesak sebab kaunter yg beroperasi cuma 2. Kawalan memang ketat, habis semua jari kena scan, serupa penjenayah gitu hahaha. Kami berjaya melepaskan diri dari kaunter imigresen pada pukul 900am...bayangkanlah begitu lama kami queueing.




Dalam 920am, kami disambut oleh Supir kami yang bernama Hendri, tapi panggilan manjanya Pak Enk.    Transportation dan penginapan diuruskan oleh Roni Tours and Orchid Hotel. Semua ni diuruskan masa di Kuala Lumpur lagi, beberapa bulan awal hasil daripada google-an dan jugak Tripadvisor. Memang ramai yang menawarkan perkhidmatan transportation, tapi harus bijak memilih dan buat perbandingan. Aku dan rakan2 finalised ambik Roni Tours kerana pakej yang ditawarkan memang murah dan berbaloi.



the airport


inilah mobil kami. Bayaran cuma RP500,000 sehari dengan 9 seaters.


Perjalanan ke Bukittinggi dari Padang mengambil masa lebih kurang 1jam setengah, bergantung kepada keadaan lalulintas. Jalan di sini memang sempit, tapi menjanjikan pemandangan yang indah, dengan pelbagai tanaman seperti padi, koko, buah buahan, sungai, landasan keretapi, rumah rumah minangkabau dan pasar pasar.


my first view of Padang, Gunung Singgalang and Paddy Field


We stopped for a while at Kiambang untuk pekena es kelapa sambil disajikan dengan pemandangan yang indah



Es kelapa. Rasanya memang sedap, macam santan gitu. Harga segelas cuma RP6,000.



selepas itu kami sambung perjalanan dan singgah di Anai Valley.


objek wisata yang pertama dan mesti dilawati sebelum naik ke Bukittinggi. Entrance fee RP2,000 untuk dewasa dan kanak kanak RP1,000.


air tejun anai yg terletak di sebelah jalan raya. Cantik dan jernih airnya. Percikan air dapat dirasakan pabila berdiri di batu batu ni


antara stall yg terdapat di tepi jalan raya kawasan Anai Valley



buah ciku, telur masin yang berwarna kebiruan, dan manggis muda yang dicucuk seperti sate



sempat pekena pulut panggang manis



after that we continue our journey and stop at next objek wisata yakni Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau



yeah, finnaly...I've been to Indonesia


cuaca memang cerah, tapi angin dan suhu nyaman sekali






biasanya pondok kecil ni dikhaskan untuk menyimpan padi


kami teruskan perjalanan naik ke Bukittinggi dan apabila perut sudah berkeroncong, kami decided untuk stop for lunch break and solat Jumaat.



Restoran Padang, Restoran AIE Badarun (spesifik masakan kampung) highly recommended!!


wow! makan besar. Selalunya mereka akan hidangkan bermacam jenis lauk pauk. Tapi mereka cuma caj on the food yang kita makan.















memang enak enak..walaupun warna kelihatan merah, tapi tidak la pedas sangat pun...Total lunch hari ni cuma RP186,000 untuk 6 dewasa dan 2 kanak kanak..murahkan.


yang ni Bubur Kampion...sejenis dessert yg mengandungi pulut hitam, labu, santan, tepung getah, jelly dan macam macam...rasanya memang LAZAT!! harus dicoba!!


after memerut, kami teruskan perjalanan ke Pandai Sikek yang famous dengan ukiran kayu dan sulaman.
sempat membeli souvenirs, kain dan telekung.






dapat experience cara cara menenun kain



so after some light shopping, hati gembira sedikit, kami teruskan perjalanan menuju bukittinggi. Kali ni kami lalu kawasan Koto Gadang yang famous dengan silver work. Setiap kawasan di Padang ini memang masing ada kemahiran tersendiri.


paddy field at Koto Gadang




kerja tangan mereka memang halus. Tapi aku tidak berkenan dengan barangan serupa ini



cantikkan Koto Gadang...actually sepanjang perjalanan memang mata tidak pernah jemu melihat pemandangan persekitaran. Semuanya ibarat dalam lukisan.


Sampai di Bukittinggi, cuaca semakin sejuk. Aku minta Pak Enk untuk membawa kami BAKSO TIME sebelum check in hotel. 


Pondok Bakso Pak Sariman


ini dia, cuma RP9,000



after that baru check in Hotel, inilah penginapan kami, Hotel Orchid (sebutan Hotel Orcit)


lobby, mereka juga ada menawarkan perkhidmatan menyewa motorsikal




the room


setiap bilik dilengkapi dengan balcony, this one would be the view from my room





after refresh badan, kami dihantar oleh Pak Enk ke pasar atas..tapi time tu banyak kedai udah tutup. Maka, kami pun beredar ke Plaza Bukit Tinggi untuk cuci mata. Boleh tahan jugak plaza ni...macam macam ada di sini, baju pun cantik cantik. Sempat aku and Intan membeli dress kaftan untuk Annual Dinner nanti


Udah puas, kami pun pergi makan malam di Restoran GonRaya..semua ni cuma walking distance from our hotel, tapi Pak Enk membawa kami menaiki mobil sambil sightseeing waktu malam.

menu kami di waktu malam. Total RP244,000. Agak mahal sedikit dari makan tengahari. Tips dari Pak Enk, seeloknya ambik paket saja kerna harganya cuma RP30,000 seorang, lauknya tetap sama..atau pun makan bungkus aja lagi murah dan makanannya memang banyak, sehingga boleh makan untuk berdua.











after dinner kami balik ke hotel. Berehat cos esok ada acara lagi.

6 comments:

  1. oiiii... nasi padang... terliur2 bah aku....

    and I like your header!!! ^_^

    ReplyDelete
  2. tx cath. memang best semua makanannya ni...tambahan pulak aku ni memang rakus kan...ehhh dak puas ni...mau pigi lagi hahaheehe

    ReplyDelete
  3. waduh!!!sedap banget tgk picx mknn itu semua!! terliur aku wei...ko ni asyik jln2 aja ba! Epy ja aku tengok! :-))

    ReplyDelete
  4. Oii mangkanan tu bha. Bikin lapar!!

    ReplyDelete
  5. awang mesti sukak tu makanannya haha

    ReplyDelete