Followers

Tuesday, August 11, 2009

Wahai Polis yang Gatal tapi Baik Hati

Hendak dijadikan cerita, 30th July 2009 (Khamis), aunty aunty and cousin aku datang melawat anak anak saudara mereka yang baik hati dan cantik. Kak Ana, Dian, Kak Ani and Bebet (ya, makcik tapi panggil kak, ini semua salah kak itok, cucu perempuan pertama nenek ku), datang from Tawau seminggu menetap di teratak kami. Tugasan diagihkan, aku and amoi fetch kak ani and bebet from KLIA, while kak itok fetch kak ana and Dian from LCCT.



Nasib baik mendapat pinjaman kereta, agak selesa sedikit lah memecut ke KLIA, pecut tak pecut, selamat sampai. After drop them ke rumah, my turn to return the car to Desa Petaling, memandangkan ownernya menetap di situ. Switch back to Charlie yang berkuridak, bibir terjuir dan pinggul yang berkudis, aku pun pandu balik rumah sendirian berhad, sambil mendengar lagu Michael Jackson, bersweater pinjaman kak itok punya, berhood lagi tapi warna kelabu instead of red. Panduan secara normal bagiku, tiada yang pelik, cuma jam udah hampir kul 12 tgh malam, besok kerja, walaupun aku udah dapat MC in advance, cos hari ni aku MC half day, rasa cam mengantuk sangat and suhu badan tidak menentu (sebab tu DR bagi MC 2 hari, cam tak pernah)



Tiba tiba, kelihatan banyak lampu merah di hadapan, mmm lampu brek rupanya...ada sedikit nyalaan lampu biru..hmmm pak polisi tengah buat kerja lah ni. Di dadaku penuh perasaan confident, sangat tebal rasanya, sebab setahu aku road tax aku bulan Nov baru mampus, then driving laisen pun baru jak diperbaharui beberapa hari yang lepas, walaupun sudah lama expired akibat penyakit pelopa ku. Seat belt chantek terpasang di dada n pinggang, hah apa lagi? Jalan lah cepat.....




Eh, aku kena tahan polis pulak. Kena park kereta di tepi jalan. Bukak lah tingkap, datang abg pol ni...ha mari kita berdialog:



Polis : Selamat malam amoi!

Aku : (aku adik, amoi tu kakak aku) ;) Selamat malam~~

Polis : ha, amoi, you bawak kereta laju lah....kat sini speed limit 90, you bawak 97

Aku : owh, ye kerrrrr

Polis : Ha, camni saya bagi saman je la ye, 300

Aku : ok :)

Polis : ha ye lah, amoi you banyak duit tak pe kan boleh bayar 300

Aku : hmmm :)

Polis : kan amoi, you banyak duit kan

Aku : ye ke saya byk duit? saya makan gaji, awak pun makan gaji (sambil bagi ic and lesen)

Polis : ye la, eh you amoi ke? (sambil tgk ic ku yg hodoh itu)

Aku : saya org sabah, melayu

Polis : Habis tu awak nak saman 300

Aku : (hai mamat ni, asyik sebut 300 dari tadi) ha ye la, saya buat salah, kena la saman

Polis : ye la, awak nak saman 300 ker?

Aku : (aku tau ko tengah main game dgn aku abg pol, aku pun follow ur rhythm la ni) aha, kan saya dah buat salah...kenalah saman

Polis : tak, sekarang saya tanye, awak nak saman ke tak?

Aku : kalau awak nak saya pilih, memangla saya tak nak

Polis : ok, kalau camtu, aper yg awak kena buat supaya saya tak bagi saman

Aku : (eh eh ko nak main teka teki dengan aku ka? Jangan monyet) ha????

Polis : ye la, awak cakap awak tak nak saman, so aper yg awak kena buat supaya tak dpt saman?

Aku : saya tak paham la (ha ha, buat buat tak paham, layankan aje)

Polis : Ye la, sekarang ni, awak tak nak saya saman, habis tu awak nak buat ape supaya tak dapat saman tu?

Aku : haih! saya tak paham aper awak cakap ni. Awak bagi je lah saman tu, saya ni tak sehat, saya dah tak boleh pikir dah soalan awak ni (aku buat muka bengang)

Polis : (kelam kabut) oh, oh awak tak sehat...tak pe la...awak balik cepat sikit,,,tutup lampu tu nanti orang nampak u, org lain nak mengorat pulak...(sambil pegang pegan tangan aku)

Aku : terima kasih.....



haih abang polis, kau memang GATAL...ndak dapat duit sogok, pegang tangan aku pun memadai untuk menyetimkan kau di malam jumaat itu...tapi kau memang baik hati sebab melepaskan aku daripada denda RM 300 yg asyik kau sebut di awal pertemuan kita...TANGGUNGJAWAB???? Lu piker la sendiri.........

2 comments: