Followers

Monday, September 22, 2008

Menu Ramadhan

Udah 4 hari umat Islam berpuasa termasuk diriku ini. Tapi bagi aku, puasa itu tidak lengkap tanpa juadah kegemaran aku setiap tahun. oh....bila agaknya aku dapat menyantap juadah ini.

Cuba tengok laporan diet harian aku:


1 Ramadhan, Isnin
Nasi lemak, lauk kerang dan ayam dara goreng
Singkong
Cheese Cake
Cucur Udang
Air Ribena
**************************
2 Ramadhan, Selasa
Nasi Goreng
Sardin & Sambal Terung
Popiah
Teh Si Ais Super Kaw
*****************************
3 Ramadhan, Rabu
Nasi putih
Telur dadar
Bergedil
Sardin
Murtabak ayam
Teh Si Ais Super Kaw

**************************
Nah ini pulak...juadah tahunan aku yang belum sempat dibedal tahun ni...yum yum...

Nasi kerabu yang sedap mesti ada solok, telur masin, ikan goreng dan jugak daging bakar

walaupun murtabak sedang didapati dimana-mana, namun murtabak yang paling enak adalah murtabak jawa

Ini pulak Lee Chee Kang, sesuai diminum ketika berbuka, kerna bisa menghilangkan panas dalam..mmmmm nyaman (Hidangan akan lebih sedap jika mengandungi hirisan buah pala, mata kucing kering dan nata de coco)

Kalau larat....cendol pun sedap jugak....tapi pastikan kamu dapati dari kedai mamak, baru lah umpphh!!!

nah, kalau tidak gemar sejuk..cuba pulak Tau Fu Fa suam suam kuku, lagi enak yang ada gula merah...hmmmm..letak sikit gula halia untuk buang angin

Kuih-muih kegemaran ku pulak, kaswi, tepung pelita, kuih cara dan cara berlauk
So hari ni, apa plak menu berbuka aku?.....

No comments:

Post a Comment