Followers

Sunday, July 4, 2010

My Euro Trip Adventure-Madrid Part I

15th June 2010, Tuesday


Hmmmm good morning everybody….speaking London lah pagi pagi ni, berangan jadi orang putih lah konon. Masing masing busy tgh packing barang ni, hari ni kami mau ke Madrid. Kota yang sudah lama ku tunggu tunggu untuk dilihat sendiri secara live. Baru hari ni kami breakfast di hostel. Not bad, coffee london tetap menawan...masih boleh membuatkan sistem pencernaanku berjalan dengan lancar. After siap breakfast, packing, mandi and solek, kami check out Phoenix Hostel then menapak ke Gloucester Place near to Marylebone Station untuk catch Easybus to Luton. Hmmm semuanya amat mudah bila preparation telah dibuat secara online. Penerbangan ke Madrid menggunakan perkhidmatan easyjet from Luton Airport. Bas sampai tepat pada masa yg ditetapkan, arrived at Luton Airport lebih kurang jam 10:45am so kami ada ample time in Luton cos flight kami scheduled at 1pm.

sinilah kami breakfast, tp kau jangan ingat pagi2 aku sudah moginum haha


After check in, kami berterbangan disekitar airport ni, hmmm ada jual beg Longchamp lagi, tapi hati masih berkeras mau beli di Paris jugak. Skip! Apa kata kita memerut lagi, wow ada restoran halal lah sini. Jual nasik pulak tu!! Sorrylah, semenjak aku membina perut ni, memang I cannot resist on nasik. It’s a Chinese Food Restaurant, memang kena gaya la aku, berbaloi jugaklah kalau dibandingkan dengan makanan merapu yang lain. So kami pun memerutlah…kalau ada yang memerut mesti lah ada yg mengeluarkan jugak. Wow..rileks nampak hari ni, hmmm maklumlah semalam kan mengukur jalan di Kota London, rileks sikit lah hari ni. 



Sudah settle everything, kami pun masuklah untuk boarding. Tidak ketahuan pulak kawalan sekuriti di sini sangatlah ketat. Membuatkan barisan panjang dan slow movement. Jacket kena bukak, tali pinggang pun bukak, bra tak payah bukak, duit syilling keluarkan dari kocek, siap dengan hp pun dia mau buat spot check.  lama jugak aku kena tunggu hp aku tu. Aihhh...lemau lah diorang ni, byk sangat ka drug dealer di sini sampai kawalan seketat ini. After security checking pass, kami pun mencari gate kami. Hati tengah bergelojak ni mau ke spain, sekali tgk skrin, gate kami sudah final call, tgk number gate berbelasan lagi…mak ai jauhnya! Beeps sudah menjerit ‘CEPAT!! LAMBAT SUDAH KITA NI!!!” 


4 ekor lari bertaburan macam jahanam, orang tgk pun lain macam, ingat kami ni masuk amazing race. Wow! That time, seriously nafas ni macam orang mau mati lemas, asyik tgk number gate jauh lagi, gate number 1 pun tidak kelihatan. After jumpa gate kami, ternampak anak kapal di situ, dari jauh lagi melihat gelagat kami yg bermarathon ni. “Madrid?” katanya. “YES!” jawab si beeps. “it’s closed” haa……tapi si anak kapal senyum kambing, kelihatan penumpang lain tgh berbaris mau masuk pintu flight. Arghhhh serbu, masuk hall tu ada jugak yg tersungkur, peduli lah, yg penting dapat masuk..baru boleh tarik nafas lega…lepas lari bertaburan, sekarang ketawa bertaburan pulak….haiiii kalau terlepas flight ni, habis semua percutian aku rosak….



After about 2hrs ++ kami pun tiba di Barajas Airport, Madrid. The time is 4:30pm. Syukur Alhamdulillah, sampai juga aku di bumi telenovela ni. Immigration kira run smoothly, bukan apa, officer dia tidak pandai cakap English, tgk muka pastu chop, that’s it..but the problem is, luggage kami lambat!!!! Berkurun mau tunggu…sudah collect beg masing masing, kami pun mencari lah metro station. Mak ai!!! Jauhnya..nasib baik ada trolley. Tapi the train looks very nice, better than London, cuma masalah kami sekarang, to get to our hostel, kami kena change train 2 kali and the journey takes about 45mins. Bayangkanlah kami dengan backpack masing2, ya memang tegar! Berat beg aku jak sudah 11.5kg. Yang bestnya, boleh mengumpat bahasa melayu dalam train ni…tiada siapa yg tahu kecuali kami hahahah habis abang pendek bertubuh ketak yg berdiri belakang si beeps tu kena umpat oleh kami.



Untuk ke hostel, kami kena stop at Sol Station. Sampai jak sol station, kami sudah blur blur, tgk exit gate sampai 2 kali kena lalu, macam pelik jak, rupanya once you enter, keluar nanti tidak perlu insert tiket lagi, gate akan automatic bukak, eh jakun kejap. Then adalah satu orang ni selamatkan kami, tanya mau ke mana, kami tunjuk lah nama jalan tu, cos masih blur tidak tau mau exit mana. Then dia suruh kami naik lift, mula mula macam pelik dan takut, ya la, lift sampai ada nombor negative..aik tingkat berapa tu. Tapi sekali pintu lift terbuka, kami ber4 so amazed dengan pemandangan di luar. Memang speechless kejap. Perkataan yang terkeluar dari mulut cuma “eh…eh…eh…” Apa tidaknya, keluar jak lift terus tiba di Puerta Del Sol (maksudnya Gate of the Sun).

 nightlife at Puerta Del Sol



Puerta Del Sol ni merupakan satu square yg terkemuka di centre of Madrid, where most of the attractions located sangat dekat, and icon of the city pun terletak di sini. That was the Bear and the madrono tree. Dan di sini jugaklah terletaknya kilometer zero, yg menandakan titik pusat or the centre of Madrid. So bayangkanlah reaksi kami pada masa itu. “oh I love spain” itulah reflects ku masa itu, sehinggakan lift itu kami namakan lift ajaib!

 the bear and the madrono tree


 The House of the Post Office and the Statue of Charles III at Puerta Del Sol



Tanpa buang tenaga, kami pun mencari Hostel Bahia, perjalanan Cuma dalam 5 minit sahaja, sepanjang deretan kedai itu, kami ternampak kedai kedai yg memang sudah tidak asing lagi seperti MNG, Topshop, Zara, Bershka, Pull and Bear, Madame Bijoux and many more. Dalam hati aku, hmmm boleh tahan tempat ni. Kali ni senang sikit mau jumpa. At first tgk lobby, takut salah tempat, cos kalau mau compare dgn hostel di London, yang ni nampak macam mewah. Tapi kami gagah jugak naik. We rang the bell, and then 1 lady answered. Memang betul inilah hostel kami. Wah...kami teruja lagi sekali. The place is so homey. Homey sangggaaat! Jauh berbeza dengan hostel kami di London. The deco and the colors memang menunjukkan ciri ciri sepanyol. Ni yang membuatkan aku jatuh cinta lagi sekali dengan Madrid. For me, I will stay here kalau aku datang Madrid lagi.


photo di bawah di ambik secara rambang di internet due to memory card corruption hahah:

beeps and me: sharing

leleng and apy sharing room
the toilet and shower..pun sharing jugak


After rilex a bit at hostel, kami pun mengorak langkah. Rasanya better pergi Hard Rock malam ni, lagi pun, penjaga hostel tu cakap attractions semua dekat dekat, tidak perlu naik train, jalan kaki ja. So camera ready, marilah kita explore madrid di waktu petang...hmmm mau malam pun sudah, mari makan yuk. Nampak situ ada McD, ingat macam mau makan fillet o fish jak, sekali masuk sepatah haram pun aku ndak faham, semua in spanish, tiada tulisan english pun, not even welcome and thank you, kalau tengok gambar rajah pun menu semua macam ayam saja. So mencari lah tempat lain, nampak di depan ada satu restoran vegetarian, untung untung dapatlah makan macam di Piccadilly Circus hari tu, sekali tgk semuanya rumput, bedal jak la..rupanya sini memang 99% tidak berbahasa Inggeris, jadi ayam dgn itik lah kami bila bercakap.


 our dinner



After memerut yg tidak seberapa kenyang, kami pun mulakan perjalanan. As soon as we get off from the shop, aku terasa amazed dengan kemunculan sang pelangi. Apa yg peliknya dengan pelangi? Mana mana pun ada…iya, tapi it was my 1 time to see 2 rainbows at the same time. Its so amazing…DUA ok…hmmm aku terasa sangat Madrid ni welcome aku..oh rupanya bukan aku saja yg suka Madrid, rupaya Madrid pun suka sama aku. Hihi…on the way to Hard Rock yang terletak di Colon, kami dapat menyaksikan beberapa bijik bangunan yg indah belaka. Oh I love Madrid. I keep on thanking beeps for bringing me here. The buildings memang tersergam indah, gah sangat, with all the arts, itulah one of the reason why I want to see Spain.



 Bank of Spain

 Plaza De Cibeles


 Bank of Spain

Edificio Metropolis





lepas berangkutan barang di HRC, balik lah kami berehat di hostel yg homey sangat tu...hmmm besok la kita round round Madrid ok..


3 comments:

  1. wah... lain kali kalau dtg and berangan mau p madrid harus dtg awal oh kan... nanti bertaburan lagi hahahahhaha....

    wah boleh tahan kau ya... boleh ingat semuaaaaaaaaaaa itu building.... ^_^

    ok next?? (Yai... aku pula nda sabar... ;-p)

    ReplyDelete
  2. itu makan vege tu astaga...kalau ku ingat2 ndak sedapnyaaaa... falafel nya jak ok. Bukan main lagi namanya... buffet libre apalah....

    ReplyDelete
  3. cath: memang la aku ingat itu buildings cos sebelum pigi sudah buat study, siap bawak scrap book lagi oh hahah

    beeps: itulah perut ku kurang buncit d sana tu

    ReplyDelete