Wednesday, 13th May 2009
Today we will perform the 3rd umrah. Kami satu family sepakat untuk buat umrah arwah. Me: buat for my arwah uncle habil a.k.a halus, Mimi: arwah uncle a.k.a bapak JJ, Amoi: Arwah Macik Tipah, Kak Itok: my late bro a.k.a Lolo and mummy: arwah Uncle Yunus (if I'm not mistaken)
And so, since kami kena bermiqat before the Umrah, so diselitkan lagi lah dengan program lawatan...inilah program seingat aku...
Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) berada di Arafah, dalam sejarahnya, di bukit tandus inilah Nabi Adam AS dan Siti Hawa dipertemukan oleh Allah SWT setelah mereka diturunkan secara terpisah. Dalam satu riwayat dikatakan bahwa Jabal Rahmah juga menjadi tempat wahyu yang terakhir diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Iaitu saat Rasulullah SAW melakukan wukuf. Wahyu terakhir ini adalah Al Quran surat Al Maidah ayat tiga. Di puncak Bukit Kasih Sayang ini terdapat tugu bercat putih yang dibangun untuk mengenang pertemuan antara Nabi Adam As dan Siti Hawa.
Banyak yang menyatakan tempat ini baik untuk berdoa memohon kepada Allah SWT, agar mendapat jodoh! Nah! sudah ku berdoa untuk diri sendiri dan rakan rakan yang single mingle, manakala teman teman yg udah berkahwin pulak diminta agar mereka bahagia. That's why you can see macam macam nama orang tulis di batu tersebut. Tapi mengikut sejarah mummy ku, di sini lah dia tulis nama anak-anaknya, dengan harapan Allah SWT membaca and memanggil kami untuk ke sana. Termakbul jugak cita cita mummy ku....
di kawasan ini terdapat perkhidmatan menunggang unta, ala ala naik beca di Melaka lah...habis unta dihias macam drag queen huh! Murah jak kalau mau tunggang unta ni, SR5 tapi jangan tertipu, cos pak arab tu nanti charge lebih cos dia cakap, "naik SR5+jalan SR5+gambarSR5" so total SR15...yg SR5 tu cuma naik sahaja ahahaha
Padang Arafah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabal Rahmah. Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu dan dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.
Inilah perkhemahan di Mina, tempat berdirinya tugu jumrah, iaitu tempat pelaksanaan kegiatan melontarkan batu ke tugu jumrah sebagai simbolisasi tindakan nabi Ibrahim a.s. ketika mengusir syaitan yang cuba menganggu baginda menjalankan ibadah qurban iaitu menyembelih putera kesayangannya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s. When my mum perform haji last year, sini lah dia bermalam, cuma beralaskan permaidani, cari toilet pun susah...then jalan kaki pergi Padang Arafah....
But then, my mutawwif said, ini pulak kediaman untuk tetamu negara. Meaning to say, kalau orang kenamaan diorang bermalam di sini instead of tenda tenda di Mina tu, macam hotel lah
Then lawatan diakhiri dengan sembahyang dan bermiqat di Masjid Ja'aranah. hmmmm besok last day...sudah mau pulang huhuhu rasa cam tidak mau balik pun ada....
Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dari Allah yang pertama kalinya melalui malaikat Jibril. Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad menyendiri dari masyarakat yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah. Kalau perasan, bentuknya seperti bonggol unta, kalau tidak perasan, maafkan daku sebab gambar ni diambil semasa kami di dalam bas and bas time tu bergerak..this is the best that I can do...
No comments:
Post a Comment