Program lawatan seawal pukul 7am untuk berkumpul, and destinasi pertama adalah Ladang Unta
see the camels, so healthy, bukan macam di Zoo kita..hehe, tapi jangan salah faham, ini bukan unta mengawan, info from my mutawwif, unta jantan and betina harus diasingkan (jantan di luar kandang), kerna, kalau unta jantan mengawan sekali 6 ekor dikebasnya hahaha
nah! ini bukan cappuchino ya, ini adalah susu unta, freshly squeezeeee...sebab itu berbuih. Khasiatnya adalah untuk detox (senang cerita untuk kasih berak lah) kami ada beli 3 bottles tapi tidak sempat minum cos takut nanti terbirak masa buat umrah...
nah! banyak betul nah, ini pulak bukan fruit crumble, inilah yang dinamakan tompok tompok taik unta...photo exclusively taken for my papito huhu
Selepas itu, kami pun bermiqat di Masjid Hudaibiyah. Ada sejarah tempat ni...kalau ingin tahu, carilah sendiri di internet..ada kaitan dengan Perjanjian Hudaibiyah...
sambung balik dengan program lawatan iaitu ke Muzium...kalau lawatan mestilah pergi muzium kan
tapi muzium ini adalah muzium 2 bijik masjid yang terkemuka yakni, Masjidil Haram and Nabawi. So barang pameran cuma benda benda yang berkaitan dengan architecture for both Masjid. Kalau setakat pedang kah, keris kah, senapang kah, tiada lah ya...mari kita tengok barang barang pamerannya:
inilah dia Makam Nabi Ibrahim a.s, tapi ini bukan lah kuburan Nabi Ibrahim. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.
Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat. Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.
Ini pulak pintu Kaabah. Jangan lah ditingu model di depan tu. Tiada kaitan dengan aku pun, disebabkan aku mau cepat, maka aku ambik jak gambar tu, malas lagi mau tunggu dia beralih. Pintu ini terletak di sebelah timur laut. Ketinggiannya dari aras lantai ialah 2 meter dan pintu itu diperbuat dari emas tulen seberat 280 kg yang telah menelan belanja melebihi 13 juta Riya Arab Saudi. Pintu ini boleh dicapai dengan tangga kayu beroda yang disimpan di dalam Masjidil Haram.
inilah tangga yang dimaksudkan..mengikut sejarah, pintu Kaabah itu ditinggikan sebab hanya orang tertentu sahaja yang boleh memasuki Kaabah
ini adalah kain penutup pintu tersebut (kiswah)..kalau tengok in real life memang shantik (kata pak arab). The entire kiswah or the cloth used to cover Kaabah akan ditukar annually and the cost of making the Kiswah is 17 million Saudi Riyal cos it is made by 670kgs of pure silk, and for the embroidery 15kgs of gold threads . Normally, penukaran kiswah akan dilakukan pada 9 Zulhijah cos pada masa itu, tiada seorang pun yang akan melakukan tawaf cos pada ketika itu, jemaah Haji akan berkumpul di Padang Arafah. Pada ketika itulah kiswah atau kelambu Kaabah yang menutup Baitullah ditukar dengan yang baru. Kiswah yang lama akan diagih-agihkan. Bahagian yang bertulisan emas dan perak akan dibahagi-bahagikan kepada pembesar-pembesar negara yang datang ke Arab Saudi sebagi cenderamata. Sementara kain kosong yang berwarna hitam diberikan kepada muazin, imam dan keluarga mereka. Sebanyak 16 potongan ayat Al-Quran ditenun di bahagian tali pinggangnya (bahagian tengah keliling). Di antara ayat-ayat tersebut ialah surah al-Ikhlas di bahagian penjurunya, surah al-Jumu, Surah al-Baqarah dan tulisan lain seperti subhanallah, walhamdulillah dan allahu akbar. Sementara di pintu Kaabah pula, di bahagian langsirnya terdapat surah al-Falaq, an-Nas dan al-ikhlas.
inilah dia casing untuk Hajar Aswad. Menurut kepercayaan Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan, so dosa melekat di batu and menjadi hitam....
perigi zam zam bukan perigi macik limah okay. Originally it was located 20 metres east of Kaabah. It was a miraculously-generated source of water from Allah, which began thousands of years ago when Nabi Ismail was thirsty and kept crying for water and was kicking at the ground when water gushed out. Pada masa tu lah mak dia Siti Hajar berlari-lari from Bukit Safa and Marwah untuk mencari air. To facilitate crowd control, the perigi Zamzam was moved away from its original location, to get it out of the way of the Tawaf. The water of the well is now pumped to the eastern part of the Mosque, where it was made available in separate locations for men and women. So sekarang keluar melalui paip jak, kalau dulu pakai timba.
inilah sumur zam zam...mata air zam zam. Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter.
Mizab atau Pancur Emas ialah nama yang diberikan kepada sebuah lohong pemancur air yang terbuka yang terletak di bahagian atas bumbung Kaabah menghala ke Hijir Ismail. Mizab merupakan salah satu binaan dari "Binaan-Binaan Kaabah Yang Penuh Kemuliaan". Mizab telah dibina dengan menggunakan logam Emas tulen. Selain kegunaan Mizab sebagai aliran air untuk membuang takungan air yang terletak di atas bumbung Kaabah tatkala musim hujan, Mizab juga diriwayatkan merupakan salah satu dari tempat-tempat mustajab doa oleh Allah SWT di Makkah.
hmmm...bila kita ke tanah suci ni, actually it doesnt feel like vacation. It's more like balik kampung and back to our basic. ada banyak info yang kita dapat and some of it pernah belajar masa sekolah tapi sudah lupa. Once kita ke sana, rasa rugi kalau kita blur bout the history. It's better for us to study then bila sampai sana we get a clear picture. The info here cuma basic, kalau rajin, surf lah internet...menarik actually....
nanti update lagi okay....
aku baca entry umrah ko ni.. sgt informatif *insaf*
ReplyDeletenevertheless,it's a groundwater bless by mercifull god
ReplyDelete