Followers

Monday, May 18, 2009

Umrah - Day 2


Sat, 9th May


Bangun pagi seawal 230am, untuk bermandian and bersiap untuk solat subuh..wah awal sungguh, tidur lebih kurang 3 jam jak...nasib baik ada tempat di masjid, bukan macam solat jumaat hari tu..hampeh..then after solat subuh balik hotel and breakfast..kemudian bersiap siap lah, buang sisa sisa toksik, makan ubat, minum kopi then heading to Masjid Quba at 7am.


oleh kerana me and amoi adalah orang-orang yang punctual, so kami pun mencuri sedikit masa untuk mencuci mata di kedai kedai sekitar bawah hotel, sementara menunggu ibu ibu yang lain.


yang ini salah satu saudagar di situ, tapi bukan saudagar unta lah, dia ni ndak malu, actually aku mau ambik gambar sendiri, tiba tiba dia muncul pulak, ok lah ...



inilah Masjid Quba, keistimewaan masjid ini, barangsiapa mengambila wudhu daripada rumahnya kemudian mendirikan solat di masjid ini, maka ganjarannya serupa dengan mengerjakan satu umrah :)

Seperti biasa, after solat, minum air zam zam. Ini bukan aku, ini si mimi, kalau di belakang tu kelihatan kak itok and mummy. Info berkenaan dengan air zam zam, air ini tidak bisa dibuang di toilet, maka dengan itu, ia tidak keluar bersama air kencing, ia keluar melalui pori pori kulit kita, sebab itu lah apabila kita berpeluh, ianya tidak berbau busuk,,,tapi kalau orang yang bau badan tu lain cerita lah ok



then after solat, singgah sebentar di barisan kedai kedai yang berhampiran, mostly kedai jual kurma, aha yang di belakang tu actualy chocolate kurma, bermacam jenis, 1kg = 25 SR..tapi rasanya cam biasa jak rupa jak chantek

tinguklah anak anak mummy yang solehah kunun...suci kan..eh, mana aku? oh sorry, mostly gambar di sini tiada mukak ku, pasal ini aku punya kumira, kalau mau tgk yang ada mukak ku, bolehlah tinguk blog si mimi atau amoi ya..kalau dioarang update la




lawatan diteruskan ke Bukit Uhud. Di sinilah berlakunya Perang Uhud di antara tentera Islam dan tentera Quraisy. Sedikit info: Peperangan ini berlaku kerana kaum Quraisy ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badr. Jumlah tentera Islam adalah sebanyak 700 orang manakala tentera Quraisy seramai 3000 orang.


tapi tujuan kami ke sana bukan untuk berperang, nah..since ada banyak bazar di situ, marilah kita membeli belah. Tinguk mummy and kak itok tengah membelek tasbih, macam kacang lah pulak

macam macam dijual di sana, nah ini dulang emas, kalau hari raya laku jugak ni, buat hidangan seisi keluarga...orang orang Tawau mostly mesti sukak ni, aku tau



yang ini aku not sure buah apa, tapi ambik jak lah, macam jugak buah kedondong yang dikeringkan tapi ntahlah

yang ini kacip fatimah lah kunuk, khasiatnya mostly untuk wanita lah..untuk awet muda pun ada jugak, tapi ndak lah ku beli,,,,belum berapa tuak jugak aku ni..matang sedikit jak haha


yang ini pulak bermacam jenis batu permata, main tabur jak di situ, harga nya ndak lah ku tau, ndak ku menanya


nah kurma pun ada jugak, bermacam jenis, tapi aku ndak tau jenis apa, pasal aku tidak makan kurma :P

yang ini pulak barang perhiasan wanita, kalau ibu ibu yang beranak pinak dan bercucu tu sesuailah beli barang begini untuk ole ole


sejurus selepas itu, kami mengunjungi Pasar Kurma, macam macam produk kurma ada di sini, bukan kurma sahaja, kismis, kekacang, buah zaiton, buah tin dan macam macam lagi taukeh, tapi macam mahal lah pulak :(

di sini juga letaknya ladang kurma, nah itu lah pokok kurma..macam pokok kelapa sawit jugak tu

nah ini candy mandy, ada ku beli ni 2 kilo

selepas dari pasar kurma, kami pun balik ke hotel untuk aktiviti harian, otw tu sempat lagi ternampak subway arab hehe

nah ini pulak Taza dengan KFC

itu jak lah yang berlaku di hari kedua, yang lain lain tu aktiviti muslimah semuanya, makan sembahyang makan sembahyang, tu jak kerja kami...nanti update lagi hari ke3 ok..chao

3 comments:

  1. muka adik beradik ko ni sepesen.. aku dah konfius.. nak carik muka ko.. hehehe

    pastu yg arab kat kedai enter frame tuh muka cam radhi khalid! haha

    ReplyDelete
  2. iya, radhi khalid pun pergi umrah rupanya, aku sendiri pun tak cam muka sendiri hahaha

    ReplyDelete
  3. heheheee... yg brg2 perhiasan emas2 tu bah, klu org tawau nda sah tu klu nda di beli... pigi haji dua bag tp balek smpi lima enam bag lagi... ada cerek emas lagi d dlmnya... kekekeeee

    ReplyDelete