Followers

Tuesday, February 3, 2009

Kisah Bapak Ku dan Peraturan Sekolah

ya, seperti yang dijanjikan, aku akan share cerita cerita komik bapak ku di bulan Februari ini. Tengok tajuk macam cerita Sinchan pulak. Tanpa membuang masa, introductionnya berbunyi begini....masa aku berada di Tingkatan 2, St Patrick sekolah tercinta, memang terkenal dengan disiplinnya yang ketat. Especially bab pakaian dan our looks...student dilarang sama sekali untuk bergaya ke sekolah....contoh peraturan yang mesti dipatuhi:



1. Uniform perempuan, sekiranya baju kurung, hendaklah berleher cekak musang dan panjang baju melebihi lutut 3 inci. Kainnya pulak mesti straight cut, tanpa sebarang belah atau pun kipas.

2. aksesori seperti emas, di larang sama sekali

3. Jam tangan haruslah bersaiz 20 sen kalau paling besar pun, dan material besi-steel diharamkan.

4. Kasut lelaki mestilah bertali, zap on diharamkan sama sekali dan tapak kasut tidak boleh bergerigi

5. Seluar lelaki without pleated

6. Bagi rambut perempuan haruslah diikat kemas, paras bawah telinga, ikatan tebu atau pun tocang

7. Getah rambut haruslah berwarna hitam atau biru gelap seperti uniform sekolah rendah

8. Fringe tidak boleh melepasi kening, haruslah dikemaskan dengan hair clip bersaiz kecil atau pun hairband selebar 2cm

9. stoking perempuan harus dilipat paras buku lali

10. macam-macam lagi lah yang boleh buat jiwa mu dan jiwa ku PANAS MENDIDIH...


kalau dilihat, memang student St Patrick paling hodoh!!!! compared to other schools...


So itu baru pengenalan....satu ketika dulu, masa aku berada di Tingkatan 2, aku mempunyai rambut pendek ala-ala Posh Spice yang masih single...dengan fringe yg panjang aku kemaskan dengan memakai hairband berlebar 0.5cm berwarna hitam. Setiap hari lepas break, ada perbarisan, time tu lah pengawas (a.k.a Hanjing dalam bahasa Azwan Ali), akan membuat spot check penampilan kita. Kononnya, hairband aku diharamkan kerna saiznya terlalu kecil. So, after school aku pun bawak bapak aku ke kadai untuk mencari hairband...puas mencari tidak ketemu..Tawau masa tu manalah ada choice sangat..paling kuat pun Fanika, Grand Smart, Tai Yuen atau Tawau Shopping Centre...Hampa.....


Next day, aku masih memakai hairband yang sama...kena sound lagi....(memang hanjing). Aku mencarilah pulak hair clip...masalahnya aku memiliki rambut yang tebal, and I cannot use the normal hair pin pasal rambutku berat, hair clip lain sama jugak bersaiz besar, pun sama kena band!


Pada suatu hari, aku pun terjumpa hairband bersaiz 1 cm yang berwarna biru gelap. Pada hari itu aku confident, tidak takut kena tangkap pengawas...but suddenly she sound at me..."this colour tak pass! u kena pakai hitam atau biru tua"


"Halllooooo....ini bukan warna biru kah????" aku menjawab kegeraman sebab puas aku melalui onak ranjau yang berduri semata-mata untuk mendapatkan sebijik hairband yang diluluskan piawaian sekolah. Alasan yang diberi oleh hanjing adalah "tidak cukup gelap, kena gelap lagi..ini tidak boleh pakai"


Jadi, berapa kali namaku masuk buku kesalahan (555) ?????? FYI inilah perbezaan colour itu:



Warna piawaian


Warna Hairband yang aku beli, yang dicertified HARAM


Balik, aku membawa jiwaku yang lara bercampur sifat geram dan sumpah mat lampir ke atas pengawas itu....then aku mengadu dengam my dad yang pada ketika itu membaca newspaper "Borneo Mail"


Me: Pak! Pak!....~~~~~~ (sambil mulut muncung)

Papito: angai????

Me: ish aku geram bah ni...sekolah apa jugak yang bapak bagi aku ni...kampungan!!!

Papito: auww kenapa??? (sambil meninguk aku lalu kacamata diturunkan sedikit ke bawah batang hidung)

Me: aku ndak paham bah! Cubak bapak tengok aku punya hairband ni, warna biru gelapkan..berapa kali sudah aku ni mencari hairband ndak jugak pass pass...semualah ndak bulih...dia bilang hairband ku ndak cukup gelap!!! sekarang aku mau tanya, apa jugak kena mengena ini warna dengan pembelajaran kita??? kenapalah??? kalau ndak cukup gelap aku boleh fail ka? aku ndak boleh belajar ka? aku ndak boleh fokus ka???

Then suddenly bapak ku bersuara, dan pada ketika itu aku berharapan my dad akan memujuk ku


Papito: ndak lah dik. ndak bulih tu tau. Memang dia boleh affect kau punya study....(sound serious)

Me: kenapa pulak? (confused)

Papito: iya lah, kalau kau pakai hairband merah...tiba-tiba burung hinggap di kepala mu, dia ingat bunga...mestilah kau ndak boleh focus...itu disturbance...itulah diorang strict dengan colours...silap silap munyit pun boleh hinggap....


AKU PANAS!!


8 comments:

  1. adui lucu nya bah bapak mu ni. teringat aku zaman2 sikul kita dulu. peraturan banyak mau mampus. baru jugak aku igt mo post entry pasal peraturan seklah kita yg mcm apa2 jak tu. hahaha... nanti aku tiru jak entry mu ni.

    ReplyDelete
  2. sitan...hahahah! walaupun aku sudah dengar ni cerita... masih jugak aku ketawa!

    ReplyDelete
  3. Betul kah papito mu ckp mcm tu??? Hahahahha.... ketawa aku....!!!!

    ReplyDelete
  4. macam mana lah aku ni tidak sot, kalau bapak ku tu lagi lah gila!!! memang sudah mengalir di darah...sampai sekarang pun dia begitu..

    ReplyDelete
  5. hehhe...bapak ko mmg funny..cute!

    ReplyDelete
  6. he he he bapa ku pun suka melawak - sama juga macam bapa mu - keturunan kali tu kan? Ada ko baca blog si Meng (Kee Heritage) pasal dia dapat kasut buruk sebab pilih kotak besar? Ha itulah bapa kami juga suka melawak.

    ReplyDelete
  7. hahahaaaa.... i think i like ur dad la...

    btw, aku dulu sklh konve st. ursula... lebih kurang la undang2nya, ketat jgk... sapa2 yg pki baju kurung mesti pki kain dalam. klu nda pki kain dalam kena denda jemur d tengah panas pas tu kena buka lagi kain!!

    ReplyDelete
  8. LOL...terhibur baca blog mu ngan cerita bapa mu ni..can't stop myself from reading..thumb up to yer dad!

    ReplyDelete