Followers

Wednesday, February 11, 2009

Kisah bapak ku dan kenduri

Since bulan February masih berkumandang, so ada reason untukku berkongsi cerita mengenai beliau ku. Kali ni bertemakan kenduri kendara….kisah ini diceritakan semula pada ku…

Kisah pertama:
Bapak ku menghadiri sebuah majlis kenduri, kalau dahulu kala, makanan akan dihidang di dalam dulang/talam besar, dalam tu ada lauk pauk dalam 5-6 jenis, air basuh tangan dalam mangkuk dan buah pisang sebagai dessert. Ni kenduri dulu-dulu lah….sekarang orang hidang ala buffet style or catering.

So, tiba-tiba seorang teman tiba agak lewat sedikit. Eh lewat banyak lah cos orang lain udah habis memerut. Then, si teman ni pun tanpa membuang masa memerut jugak sambil ditemani tetamu lain yang udah kenyang macam ular sawa. Agak malang sedikit, menurut bapak aku ni, si teman telah mengambil air bekas cucian tangan tadi, dan menuang ke atas nasinya…dengan anggapan, air bekas cucian tangan tu adalah kuah sup…yucksssss!!!!…..kasian, si teman tadi makan dengan lahapnya sambil ditonton oleh rakan-rakan yang tidak guna!!!!

Kisah kedua:

Kisah kedua agak censored sedikit.hehe…starring nya bapak ku. Hmmm bapak aku ni rushing hendak menghadiri sebuah majlis kenduri. Selepas mandi, bapak aku akan menyikat rambut di bedroom hall, sambil melihat imej di cermin yang mereflekskan imej satu badan, dan berbekalkan seluar dalam terpakai yang hendak diletakkan dalam washing machine yang berlokasi di tingkat bawah rumah ku.

Setibanya di kenduri, biasalah, ntah lah bapak aku buat apa di situ…tapi isi cerita ini, after makan, bapak aku hendak mengelap mulut dengan sapu tangan yg selalu diletakkan dalam pocket seluarnya…tiba tiba, bapak aku rasa sedikit hairan, apabila beliau menyeluk saku seluarnya, beliau terasa ada seluar dalam pulak dalam tu…bapak aku berasa malu bangat!!! Rupa-rupanya bapak aku lupa nak masukkan seluar dalam tadi dalam washing machine sebab rushing. Hmmm akibat mentertawakan kisah kenduri pertama, bapak aku kena sumpah pulak dengan tragedy ini….nasib baik bapak aku tidak keluarkan terus seluar dalam tu dan memalit di mulutnya..hahaha!!!!! kalau tidak, mesti ada anak orang lain update blog mereka bertajukkan Pakcik Lias dan Seluar Dalamnya ahahahahaha
Kurang asam punya anak….

1 comment:

  1. Sepatutnya tajuk ceritanya ni adalah KISAH BAPAKU DAN SELUAR DALAMNYA!! Dan patut ko tangkap gambar seluar dalam bapa yg cap payung arnold palmer tu ataupun durban ataupun yang seangkatan dengannya. But kena make sure tiada berlubang/kuyak la.

    ReplyDelete