Followers

Monday, January 19, 2009

The Roda Impian - Result

Hi everyone, just came back from my Roda Impian shooting. ohhhh...finally no more worries....to tell you the truth, just a few days before the shooting, my heart bergoncang...yup, aku pun heran, cos normally masuk final exam pun tidak senervous begini. So, Saturday I called my mum and dad, untuk meremindkan diorang untuk mendoakan anak yang ingin bertempur..hahaha..lega sikit setelah mendapat pesanan penaja:


from mummy: adik, ko jangan takut bah, kau baca bismillah, lepas tu baca Fatihah..jgn lupak minum air zam zam


from papito: ya dik, nanti bapak ada masa, bapak singgah masjid, doakan kau berjaya


from mimi: start mlm ni, aku doakan ko hari2. Aku mau ko berjaya. Ko tu mana pandai nervous. Ko tu pandai/hebat. tapi aku takut kau malar hilang giliran/duit hangus! worry aku.Sudah lah aku hebohkan kpd semua orang!


wah, aku lega sekejap.


So on Sunday, Yaya shooting for his episode, yang bertemakan "percutian". Aku ambik keputusan untuk support Yaya sambil mengambil tips. Pada mulanya di pagi itu, biasalah, hari Ahad normally aku kerja, but then hari tu aku masih terdampar di katil empuk ku. Lalu, kedengaran suara kak itok "adik....adik...adik..., u kerja ka?? come lah....we go lunch together-gether" lalu aku membalas "I want to see my fren at Roda Impian today" lalu, si kakak manja pun kecewa kecil..."alah...why u have to go??? no need la...come lunch with me...at Bumbu Bali....." (oh restoran itu memang one of my fav) Walaupun Kak Itok cuba memancing aku dengan perkataan Bumbu Bali, namun aku menepis dan menjawab secara tegas "Kak itok, I join Roda Impian to WIN! Not for FUN! untuk kesenangan kau jugak kan...." hmm...aku memang akui, aku a bit tension dengan expectation my family, udah la si Amoi pun nervous takut aku pulang tangan kosong. So aku sampai studio pukul 12pm, datang bersama Adil tapi shooting for Yaya 7pm. Penat dan sakit bontot jadi audience. Yaya cuma dapat bawak balik RM400++



Nah, inilah keadaan shooting Yaya di hari itu.



Selepas balik dari shooting Yaya, aku balik rumah tidur awal cos sakit kepala. Besok kena bangun awal kan. So, pagi hari ini, aku bangun baru lah mau meng-iron baju, supporter yang sepatutnya datang cancel last minute, namun ia tidak mematahkan semangatku. Mereka adalah colleagues aku, iaitu: Malar, Baha dan Alimi. Its okay, aku ndak kisah cos aku pun takut nanti menang peminat jak. So, aku memang janji untuk pick another supporter, Baizura, at Masjid Jamek. Aku keluar rumah around 10am dengan berbekalkan air zam zam setengah botol.


Sampai di studio around 11am, Mizi and Jumri pun sampai beberapa minit selepas itu. After breakfast murtabak sejuk, aku pun pergi make up and do my hair. Very nice person. Sambil itu, aku minum air zam zam dan tengok my name list. Oh my shooting theme will be "hari pekerja" and will start after lunch 230pm. After done, Ida pun sampai (yeah!) Sambil menemani diorang lunch, aku pun bagitau, "wei, saingan aku lelaki 2 orang. 1 cina and 1 India. Aku tidak gentar ya" aku penuh dengan perasaan confident masa tu. (bukan poyo, tapi memang lelaki bukan saingan aku) Lalu, Mizi pun membalas "hmmm, kau tak payah nak takut. Aku dah check dah, masa SPM diorang dapat 7" Mizi cuba menyedapkan hati aku lah tu. "eh, ko kena makse sure ko menang tau, aku dah apply AL dengan reason nak masuk TV, ko jgn sia sia kan harapan aku. At least ko kena menang seribu lebih. Dia memang macam ni, ko kena bagi tekanan baru dia rasa nak bergerak" tambah Mizi lagi sambil Ida pun ketawa. hohh..bertambah tekanan aku. So, aku cuma makan sebiji pisang cos takut perasaan nervous yang boleh membuatkan aku muntah!!!


So, before my shooting, aku touch up lagi sekali, sambil meneguk air zam zam lagi. Kiranya, everytime aku rasa nervous aku akan minum air zam zam. Then before the show starts, kami pun diberi briefing about the game, how it works, then ambik tempat dengan acara membaling dadu. Nilai siapa yang besar akan berada di spot yang pertama. As usual, lelaki mesti cakap "ladies first" so, aku lah start roll the dice, dan nilai yang aku dapat cuma 1. So confirm aku ditempatkan di hujung sekali. Tapi, tidak mengapa, cos dalam pusingan siapa cepat dia dapat barulah dpt menentukan siapa start dulu. Sebelum mula, aku check hp aku, i got msg from my papito yang berbunyi "jam dangai audition? bapa da mohon kpd Allah tadi di Mesjid agar Dia dapat membantu mu dlm semua aspek. Mudahan u berjaya. Ameen.." Terharu aku dengar. Menerima sms sebegitu, aku pun tekad di dalam hati bahawa aku tidak akan menghampakan usaha my parents...very the drama melayu kan...tapi memang aku menerima byk sms gud luck



This would be the best part. the first round of siapa cepat dia dapat aku berjaya menjawab dengan pantas iaitu "PEKERJA CEMERLANG". Kieran pun bertanya, "anda pernah menjadi pekerja cemerlang?" aku dengan temberang menjawab "oh, hampir setiap bulan" hahaha bukan apa, kenalah berlucu-lucu sikit kan. So aku mulakan dengan kategori sebelum & selepas. Oh memang tekanan sebab asyik hilang giliran. Nilai wang yang aku dapat pun very sikit. So aku tekad, aku tidak mau tamak, as long as aku balik not empty handed aku sudah bersyukur cos niat aku adalah menang cash for umrah pocket money. So the first puzzle aku dapat jawab iaitu "KELASI KAPAL MEWAH"...wah aku lega cos at least I got cash to bring back.


Keadaan semakin panas dan lancar apabila I keep on solving the next questions dengan pantas. And guess what? I managed to solve 5 puzzles and 2 siapa cepat dia dapat. Hohoh...ya, malang sungguh, saingan aku Gobi hanya pulang dgn RM100 dan Alan empty hand. Bukan apa, walaupun aku cuma berbekalkan 4 orang supporters, namun, supporters aku berkualiti. They really motivate me. I can hear Mizi shouting "Sapu habis Ca" cos masa tu if Im not mistaken aku udah solved 3 puzzles. And before I start the game, I saw Ida put signal "gud luck to me" thank you guys... So total score is 1,605 and proceed ke bonus round.


Tiba kita ke bonus round, aku tidak sempat pun mau fikir huruf apa mau dipilih nanti. Tiba2 start for recording. Aku mendapat kategori "Benda" kali ini. dengan mendapat cuma 1 huruf percuma iaitu "M". the puzzle looks like this" _ _ _ _M _ _ _ _" Lalu aku memilih huruf favourite aku iaitu "P, S, T dan I" apabila melihat puzzle bertukar menjadi seperti ini "S_T_M _ _ TI" aku senyum dan dengan confident menjawab "SETEM DUTI". hmm tapi walaupun aku berjaya menjawab soalan bonus namun, aku kurang gembira kerana aku telah memenangi "Baucer Makanan Kesihatan" yang bernilai RM3,000. nampak sangat muka kecewa aku. Saksikanlah nanti di TV3. Episode aku akan disiarkan pada 6 May 2009, 530pm.



Other hadiah saguhati iaitu: Skin Lightening Facial Treatment from Kanebo bernilai RM128, Kimarie Salon voucher bernilai RM 100 dan La Mode Salon voucher bernilai RM 200


Door Gifts for me and supporters


oh, ini keadaan belakang para penonton, bersepah!


after make up and hair do, macam pembaca berita.


Briefing before starts the game


after game habis, sembang dengan Kieran jap.



So, as a conclusion, I really enjoy the game, apa tidaknya, sapu habis!!!! New experience for me, and at last cukup membanggakan orang kampung huhuhu...anak Lias bah ni...Tapi kalau mau tau, sebelum start the game, aku baca ayat kursi 2 kali then setiap kali break aku baca fatihah. Memang aku tiada rasa gentar...lagipun, my mum sd niat aku baik....anyway, thanks for the supporters....

7 comments:

  1. tahniah!! aku tumpang bangga bole??

    ReplyDelete
  2. congrats babe! pegi round seterusnya ka ca?

    ReplyDelete
  3. Voucher makanan KESIHATAN???? *pengsan*.................. (Terjaga..5 minit kemudian) Anyway You have done a very very good job! Congrats! siapa nak bagi RM1K++ kan? Tapi yang hampeh tu VOUCHER MAKANAN KESIHATAN!!!!! *pengsan lagiiii.......*

    ReplyDelete
  4. I say man...congrats cha!!! Mesti mummy sinyum-sinyum kau menang Wang bsar.hahahaha

    ReplyDelete
  5. ya, kau lupa mau beritau org yg kau 'lontarkan' dadu tu kluar dari tin ya :D punyala ganaz ini perempuan ;)

    ReplyDelete
  6. hye..actly tahniah tuk penyertaan awk dlm gameshow ni..best dpt baca pengalamn awk..em nk tnya, camne caranya nk join gameshow ni ek???

    ReplyDelete