Followers

Wednesday, December 31, 2008

Rilek

Just to share with you all,

Yesterday, Nazir was crapping about his summons. So I asked him

Me : bear, macam mana abe tau abe ada saman?

Naz: tengoklah kat internet

Me : Macam mana?

Naz: http://www.rilek.com.my/


wah, aku amazed cos kali abg nazir memberi maklumat yang tepat, cekap dan amanah


Tapi bila aku ingat ingat, mana lah aku ada saman....memanglah aku pernah membuat kesalahan lalulintas...mari ku imbas kembali:


(semua kejadian semasa aku masih memandu kelisa mini gold colour pilihan mummy, hadiah konvo)



Kesalahan 1: Menggunakan HP ketika memandu


actually masa tu aku bukak loudspeaker, tapi ndak dengar so aku pun letak di telingaku kejap. Sekitar area jalan semantan, kereta polis pasang lampu biru. Tapi aku buat donno, so aku drag lah sampai ke jalan Parlimen, abg polis tu pun sudah PANAS dengan aku. Dua orang polis agak keretaku...puh pah puh pah..dia cakap aku kesalahan aku, aku cakap lah aku pakai speaker, tp dia balas "tak kisah lah u pakai handsfree ker...tapi salah memandu sambil guna hp. sebab 2 belah tangan kena letak dekat stereng" ok, habis tu kalau org hisap rokok sambil drive???-dalam hati kecil ku berkata. Pastu boleh boleh dia tanya, "kamu mabuk eh?" masa tu aku pakai perfume Flower Kenzo (bau arak ka?) aku pun tinggikan suara "agak2 lah Encik, ni baru jam 630ptg, kalau saya mau mabuk pun malam nanti lah" - aku pulak yang panas. Then dia cakap mau saman, aku cakap saman lah...polis blur...aku pun bagi IC..tiba tiba 1 of the polis guy to org sabah, so dia pun cakap2 dgn kawan dia then masuk kereta, pastu polis sabah bagi balik IC and sd "lain kali ko jangan buat lagi ah"

hahaha lepas aku.....



Kesalahan 2: Membuat pusingan U secara haram


Tempat kejadian di Jalan Raja Chulan, betul betul depan ofisku. Memang ada tanda pun no U turn, tapi aku selamba pasal ramai jak urang aku tinguk berpusing-pusingan di situ. Masalahnya ketika itu polis berada di depan tengah tunggu trafik light. Aku pun lauk lah. hmmm dia tanya


polis : nak pi mana cik?

me : damansara (sambil hulur ic n lesen)

polis : tau tak kat sini tak boleh u turn

me : huh? tak tau pon

polis : takkan lah awak tak tau, awak keje mana?

me : JB..(pasal no plet kereta ku JHB...doh...bodoh...kena tipu)

polis : oh..buat pe kat sini

me : ada kursus, tapi I tak tau jalan kat sini, tak familiar (goreng lagi)

polis : hmmm..ok, saman ni saya hantar pos kat alamat ic ye

me : ok (hmmm bodoh, kau ingat aku dupang macam kau..manada saman pos, mesti mau sign sign mah....)

hahaha terlepas lagi aku



Kesalahan 3: No road tax


Lebih kurang seminggu jugaklah roadtax tu meninggal dunia. ndak da masa mau pigi buat. So malam tu aku pun keluar parking dari Darby Park, timu tu lebih kurang 11-12mid lah...setiba depan KLCC aku nampak kereta polis keluar simpang aku buat bodoh jak. tiba tiba aku perasan lampu biru menyala aku pun buat bodoh jak. aku drag lah sampai Jalan Sultan Ismail, time tu polis bukak speaker shouting no plat aku aku pun stop lah di tepi jalan sambil buat muka nerd.


Polis : Selamat malam, cik

Me : oh selamat malam

Polis : awak tau tak kesalahan awak?

Me : tak? (aku pun pura-pura check seat belt)

Polis : hmm..awak keluar kejap, awak tengok road tax awak (sambil tunjuk ke arah deadth cert kereta aku)

Me : eh?? hari ni brp hari bulan? (ha, time ni lah aku berlakon, kalah Fasha Sanda ok)

Polis : tak pe, awak masuk kereta dulu, bagi Ic and lesen

Me : nah, saya betul lupa lah

Polis : ai, takkan lah awak lupa.masa cuci kereta takkan awak tak perasan kot

Me : Encik, benda ni setahun sekali, ada banyak benda lagi saya mau ingat. Encik tak nampak kah, kereta saya ni kotor. Bila masa saya basuh kereta?

Polis : Habis tu? Macam mana? (sambil bertenggek di tingkap keretaku)

Me : macam mana apa?

Polis : Ni kalau saya saman ni, RM300

Me : oh, ye ke...

Polis : Awak pernah kena saman?

Me : tidak (geleng kepala)

Polis : habis tu

Me : huh?

Polis : awak nak kena saman? RM300 ni

Me : hmm, ok

Polis : awak nak saman? betul? awak tak pernah kena saman ni

Me : hmm..tak pe, saya catit hari ni, merupakan hari pertama saya kena saman, tak pe bagi lah, nanti saya bayar.

Polis : kenapa awak nak saman? awak kerja mana?

Me : Citibank.

Polis : so, awak nak saya saman ker?

Me : ha la, Encik buatlah kerja encik secara professional

Polis : apa awak cakap ni? (bengang sebab hint duit kopi tak aku buat derg)

Me : ye lah, dah saya buat salah, awak saman jak lah (sambil tu aku tengok lencana berbunyi "SAYA BENCI RASUAH" something like that lah)

Polis : hmm..esok awak pergi buat (sambil memulangkan ic dan lesen ku)


hahahaha aku terlepas lah lagi sekali



So berdasarkan daripada pengalaman aku dan kawan kawan. Kalau kena tahan, tips: just agree kalau polis mau saman dan cakap before this tidak pernah kena saman. so maybe they'll think twice. Lagi pun, kak itok once told me, adik, you dont ever give any duit kopi to the police, its better for us to pay summon cos benda tu boleh menjanakan ekonomi negara (al maklum lah, kak itok tu kan ahli ekonomi

so berbalik kepada cerita Rilek.com tu, aku pun check lah by my new car registration number, ndak da apa pun keluar. But then bila aku search by my ic number nah!! ini hasilnya:



Oh, setelah sekian lama aku menipu, akhirnya jatuh ke tanah jugak. aku pun ndak ingat bila kah ini? Langgar lampu isyarat??? serious aku lupa ingatan. tapi seingat aku, aku memang pernah kena captured tapi kalau ndak silap di area UM and also Wangsa Maju. HAih...tahun 2006 pulak tu, habis???? macam mana ni????
p/s: kamurang jangan perasan sana...check dulu baru berketawa ok

2 comments:

  1. I am clean from PDRM record pasal aku bayar rasuah!!! One time only pasal pakai HP...hish!Hanjing kurap polis tu...duit pecah pun dia ambik...syiling jak ditinggalkan untuk aku.

    ReplyDelete
  2. Kesain polis di panggil 'hanjing kurap'...LOL...Thanks elsakee for sharing this web saman...menyaman....nanti I nak check mine pulak.. ;-p

    ReplyDelete