Followers

Saturday, November 1, 2008

Raya 2008 - The End

Huhu...goodbye raya 2008....but before that I would like to compile all the Raya Open House that I managed to go:

12th October 2008, Sunday (3 invitations)
***************************

Episod pertama dimulakan di rumah Azie yang terletak di Bandar Kinrara. Pergh....jauh gila rumah dia, after Sunday Operation, kami kelaparan gila...dihidangkan dengan nasi dagang, nasi himpit...thats the main menu.

moved on to teratak Zura, di Wangsa Maju, arrival lebih kurang jam 3pm dan hidangan yg disajikan adalah seperti laksa dan lontong..air oren.


Then, heading to Din's house, location Gombak...sorry gambar tidak dapat dikepilkan..tapi memang best jugak cos ada keropok lekor..panas panas lagi...menu lain memang pelbagai. Ada soto, nasi himpit, lontong, sup cendawan...ayam panggang.....


then kepenatan kami sempat berinternet sekejap di kopitiam KJ, dan sempat mengambik gambar 3 beradik memakai uniform yg diberi oleh mem nya

sapa punya baju paling chantek??

_____________________________________

18th October 2008, Saturday (3 invitations)

*************************

Lepas kerja kami bergegas menuju rumah Ejump located at Seri Petaling sebab teringat hidangan special tahun lepas...iaitu sate. Akan tetapi menu berlainan tahun ini, iaitu, nasi beriyani, nasi himpit...dan yang best sekali...ayam goreng madu panas panas...sory abg nazir ndak ampit makan ya...busy dgn PR nya....RUGI RUGI

Then eksplorasi kami seterusnya ke rumah Yaya di Damansara Damai...hidangan utama adalah SOTO...tapi makan sikit jak pasal sudah kenyang di rumah Ejump. Lagi pun mau simpan space untuk destinasi seterusnya.....

Ya...lebih kurang jam 9 lebih kami singgah di rumah Puan Islinda...area Damansara Utama...adoi ndak larat sudah mau makan...tapi aku ampit jugak mengayas sotonya dgn sebutir nugget...pastu menyantap dan berebut buah-buahan dengan si nazir.....yg best,,,,tapau dodol hahaha

_____________________________


19th October 2008, Sunday (2 invitations)

**************************

Ini memang saat yang ku tunggu tunggu...everytime rumah kak anis buat makan makan aku pasti datang...bak kata lakinya "kau memang baguskan, setiap kali aku buat makan2 ko mesti datang"...selepas sunday operation kami ke destinasi Sentul...hidangan ala Pantai Timur..ada rendang, nasi himpit tapi agak berbeza kerana lawannya adalah serunding ikan, lontongnya yang pekat gila, pastu pelbagai jenis kek yang laki dia buat, air berwarna biru...balik siap dapat door gift lagi..dodol Kelantan

Next destination, (gambar tidak dapat dikepilkan) adalah Gombak, rumah cik Baizura...hidangan istimewa yang disajikan bihun sup dan juga mee kari, siap ada kerang lagi...makan 2 kali ya..

________________________________

26th October 2008, Sunday

**********************


Ha.....yang ni so far memang the best....made in Kelantan....PURE %...rumah Aimi, location: Ampang....makan Laksam yang mak dia buat...sedap siot...aku siap bedal laksa...pekat kaw kaw...dengan sate 1 cucuk...haaaaa roti jala yang si Aimi buat lawannya KUZI...aku ndak tau lah spelling betol kah...tapi memang masakan Kelantan...SADAPPPPP!!!! macam mau lagi...Raya Haji ada lagi kah?

______________________________


27th October 2008, Monday

**********************

Jangan salah faham, ini memang open house raya, bukan Deepavali...Organiser Cik Hazwani, location Wangsa Maju, berjiran dengan Puan Zura yang previously mentioned...yang ini juadahnya yang famous nasi minyak dengan ayam masak merah...huhu

_________________________

1st November 2008, Saturday


Penutup tirai eksplorasi Raya open house ini diakhiri di kediaman Puan Murni yang terletak di Taman Maluri...best jugak rumah dia ni, ramai orang plak tu, ya lah bikin open house sampai jam 12 tgh malam. No excuse untuk tidak datang..hidangan yang berbeza adalah nasi hujan panas, pasti ada nasi himpit, roti jala, kek dan buah oren.

wahhhh...bayangkan lah jemputan yang aku dapat pigi tahun ini...hmmm semuanya demi mengeratkan lagi silaturahim antara aku dan bebudak ofis..tahun depan entah lah pulak...but maybe lagi senang, ndak payah lah sesat-sesat lagi...jangan lupa jemput wahai Tetuan Rumah...

Bye-bye Syawal.....

3 comments:

  1. aku akan rompak semua pic ni, dan aku akan blogkan ikut versi aku pulak,nantikan..

    ReplyDelete
  2. ye, jgn lupa blog kan pic baju ropol ;P

    ReplyDelete
  3. aku harap after this kau balik awal lah ya.hahaha

    ReplyDelete