Followers

Monday, September 22, 2008

Smack That - Kuala Lumpur

Smack That - Kuala Lumpur 28th August 2008, Thursday. Memandangkan aku off yesterday, aku bercita2 tinggi untuk datang awal ke pejabat hari ini. Lagi pun, aku telah menanam azam baru dalam diriku untuk datang awal ke pejabat..cos majikan aku menyatakan agak sukar untuk aku dipromote kerna attitude ku yang kurang memberangsangkan dari segi punctuality.

Akan tetapi, misi aku gagal hari ini. Aku keluar rumah pukul 7:30am sebelum itu aku singgah sebentar di Citibank untuk membuat pembayaran kredit kad ku, maklumlah, aku good paymaster yang enjoy interest tahunan sebanyak 15%. Setibanya di Jalan Duta, keadaan lalulintas merangkak-rangkak atau pun yang sering kedengaran di siaran radio hitz.fm bumper to bumper. Walau bagaimana pun, aku berada dalam keadaan yang tenang, kerana awal lagi.

Setibanya aku di simpang hendak menuju KTM, oh rupanya ada road blocked, aku terpaksa mencari jalan yang lain. Aku memilih alternatif lain iaitu Bangsar, malang tidak berbau....keadaan lalulintas semakin hangat...oh tidak.....jam hampir pukul 8:50am. 8:50am adalah waktu keramat aku untuk melapor diri ke pejabat. Laluan hanya di buka ke Jalan Kuching....oh tidak.....Jalan Kuching pulak udah bertukar menjadi Jalan Hanjing!!!!! What the F is going on?????

Dengan tidak semena-menanya, Gen2 aku yang bernama Charlie pun menuju ke Jalan Sentul...argh....lega sikit kaki aku...namun aku bertekad, sekiranya Goblock berada di depan ku, aku akan mengambil half day EL dan pergi ke salun rambut untuk mengubati tekanan yang ku alami.Oh....nampaknya tekad ku dimakbulkan. Akibat road block di Maju Junction, aku terpaksa membelokkan Charlie ke Sogo....oh.....keadaan lalulintas bukan lah merangkak tetapi....!@#$%^ aku terkandas until 10:15am....so aku pun pergilah Ampang Park for my cut and wash. wahhhh lega seketika.

Selesai, aku pun pergi ke Low Yatt, tujuan utama untuk membeli charger laptop aku yang udah usang...oh payah jugak mencari....namun aku dapat jugak akhirnya dengan harga RM90 dan mendapat diskaun menjadi RM80.Sambil itu, aku pun menyurvey HP idaman aku iaitu iPhone. Wah...sekarang dah keluar versi 3G rupanya....apabila aku tanya achai kat kedai tu...dia pun menekan sempoa nya dan menunjukkan nilai 3699....oh what da fu fa fi fa fu...RM3699...bapok mahal siot...lalu aku berfikir....berbaloi kah kita untuk memakai sebuah hp yang senilai dengan harga sebuah laptop???


Ohhhh wahai sang iphone...adakah engkau kan jadi milikku????Dan berbalik kepada cerita asal, setibanya di pejabat...Manager ku bertanya kepada ku, apa yang telah berlaku??? aik???? is there any communication among you guys in the office???? hellllooooo........ katanya, lain kali jangan buat lagi...wah apa kau ingat aku sukak kah??????hmmm Kuala Lumpur, Kuala Lumpur...its so unpredictable........kita tengok petang nanti....kalau hujan...akan berlaku situasi seperti ini jugak, kerna....the citizens sangat teruja melihat air hujan yang mengalir ke longkang....welcome to Kuala Lumpur...save the cheerleader save the world.

No comments:

Post a Comment