22nd June 2010, Tuesday
Bonjour mademoiselle!
Hari ni 4 mademoiselle mau mengexplore Disneyland! Yes, thanks to Effa again, ticket kami memang sudah lama purchase online dengan bantuan anak buah ku yang berada di Surrey itu. Harga ticket ₤51 for 2 parks.
Hari ni bangun tidak la pagi sangat, ingatkan mau breakfast di hostel jak, tapi café sudah mau tutup pulak. Kedekut!! Padahal kami ni yang lambat bangun haha so makan jak lah mana yang sempat. Bertolak from hostel pun sudah mau masuk tengahari. Kalau dulu masa di Hong Kong, round Disneyland ni sehari sampai ke malam, yang ni kena cover 2 parks, ntah sempat kah tidak.
From Anvers station, kami bertolak ke Marne la Vallee untuk ke Disneyland. The journey takes about 45 minits, so sampai sana memang tengahari buta la….
our first activity??? Bukan makan ya…hehehe..ternampak that time org tgh queue untuk snap photo bersama Mickey Mouse. So kami pun ambik peluang walaupun panas terik. Iya..panas!!! Memandangkan aku belum pernah snap photo dengan Mickey, and masa pun limited, aku pun take this opportunity. Memang lama la jugak kena queue, kena pulak dengan budak budak yg sebok dengan autograph diorang tu..isshhhhh lembap!!! Nanti kamu besar kamu buang jugak tu autograph, sia sia jak kamurang ni kena tipu sama tu mascot!! Tapi, aku sendiri berkari jugak menunggu turn,hahaha. Sementara q tu, sayu jugak aku melihat budak budak ni bergambar dengan Mickey Mouse. Super sexcited betullah diorang ni. Bak kata si Beeps, mesti budak budak ni ingat itulah the real Mickey…padahal asyik ganti2 orang tukar shift hahaha…sekali lagi, iya jugak aku pun sibuk berbaris di sana hahah…
look at our outfit arangement...ada cerita lepas ni
After taking photo, kami pun berlegar legar di dalam Disneyland, naik lah beberapa rides, mostly gelap gelap, spooky pulak tu, ada activity basah ringan ringan jugak. The rides secara average fun jugak lah…q memang panjang tapi run smoothly.
1st ride: haunted house
harus cari Jack Sparrow
Cuma problemnya, part mau cari makan. Memang banyak cafes and restaurants tapi mau mencari yang halal tu agak sukar pulak. Benda yang boleh makan kebanyakkannya habis, restoran arab pun tutup, jangan sebut pasal harga, di dalam ni memang pricey and makanan luar dilarang sama sekali. Akhirnya ketemu jugak restoran fish and chips..hmmm
after that continue q untuk sesi bergambar bersama Jack Sparrow. Tepat pukul 3pm, kami menghiburkan diri dengan upacara Disney Parade. Upacara ni memang kira kemuncak jugak, sekali setiap hari, itu pun bergantung kepada keadaan cuaca. Tapi kalau mau compare dengan Disney HK, I prefer HK punya parade la, walaupun mickey and minnie berbahasa cina ;p
captain Jack kegedik-an
our spot utk tgk the parade
opening mesti lah mickey and minnie dulu ;)
will try to upload the video soon
So after the parade, we got the chance to conquer sleeping beauty’s castle. Taking few snapshots, kaki dan badan rasa macam cukup setakat inilah..memang kalau ikutkan byk lagi yang belum cover tapi we decided to chao and continue to Walt Disney Studio Park.
Walt Disney Studio Park was located next door to Disneyland. This park actually tempat movie movie Walt Disney. Kalau Disney tu macam fantasy land, Studio Park ni pulak more to cinema. Attractions and rides feature their entire movie. Not much activity here cos kami pancit. Then we decided to take at least 1 attraction. Memandangkan beeps and me yang banyak buat decision sepanjang tour ni, so kali ni kami memberi penghormatan kepada si Leleng untuk jadi tour leader. Hahah
And so..inilah pilihan si Leleng. ARMAGEDDON!! Apa ni??? Ntah lah...but respect her decision.
So kami pun masuk lah ke studio Armageddon ni. Dalam studio ni kosong. Ada tv kecik dgn 2 mamat perancis (pekerja). Kami assume sendiri, mesti mau tunjung sesi belakang tabir cerita Armageddon ni. Hmmm ya lah tu mungkin la...so dengan keadaan kami yang berdiri ramai ramai dalam keadaan gelap tu, si mamat perancis ni pun explain dalam bahasa perancis, sambil klip video cerita armageddon tu ditayangkan berserta sarikata bahasa inggeris yang kecil. Mamat perancis lagi sorang tu angkat cardboard yang bertulis “AAHHHH!!” so everytime dia angkat cardboard tu kami kena jerit “AAHHH!!" Sambil tutup muka pakai lengan. Ala ala macam ada tahi bintang lah...konon...yang kami ber3 ni pandang muka leleng seakan akan terhibur. Si leleng cuma mampu tersenyum.
Agak membosankan lah jugak, sampai kami terpaksa duduk di corner sambil mengunjurkan kaki.
After lebih kurang 20 minit, sesi tu habis...aih??? itu jak kah??? Oh belum lagi...rupanya kami ni dibawak berlakon. Hmmmm shooting ni!!! Kali ni kami betul betul masuk space ship. Tadi tu kira practice practice jak rupanya.
Inside the space ship: mamat perancis tu suruh berdiri di tengah sikit. Jangan berdiri d tepi. So adalah beberapa bijik skrin kononnya kami ni betul betul berada di angkasa lepas lah. Biasalah, komunikasi bersama captain…ntah apa lah dicakap. After few minutes space ship kami bergoyang. Kami pun pandang each other sambil angkat kening and muncungkan mulut. (tanda boring la tu)…apa diorang ingat hebat sangat lah ni. Then after few minutes, tiba tiba api terkeluar dari one of the space ship window. AAHHHHHHHHH!!!!!! Kali ni memang menjerit habis lah kami ni …hahah…then space ship kami bergoyang, berkocak, berjoget dan begelek lagi kuat…then suddenly dinding space ship kami kemek seolah terkena batu batu di angkasa lepas ni…AAAHHHHHH!!!!! Jerit lagi…this time lagi kuat...then lampu dalam space ship terpadam..ala ala macam system down lah ni…dengan keadaan yang panas cam tiada udara jak….suddenly api terkeluar dari bahagian tengah space ship bersama sama dengan percikkan air….AAAHHHH AHHHH AHHH AHHH!!! Hahahahah kali ni memang di luar kawalan lah hahahaha…
so after everything clear, the ride was finished and kami bergelak ketawa pulak…tengok budak budak yang naik ride ni menangis ketakutan hahahahaha….boleh tahan jugak si leleng ni buat decision. IT WAS FUN!!! Walaupun intro cam sial hahah
And so we decided to make our move. Keluar daripada kota keriangan Disney..eventhough its still early. Why not kita pergi Hard Rock Café??? Cara jugak idea tu walaupun terpesong sedikit daripada itinerary sebenar. But NVM, tapi problem jugak, cos I left our scrapbook in the hostel. So kelam kabut la mesej orang Malaysia suruh google HRC punya direction…tapi disebabkan perbezaan masa maka agak lewat sedikit la dapat info yg dikehendaki. Aku pun buat aksi brave konon konon tidak malu, tanya pekerja kedai runcit, diorang pun tidak tahu. Bukan tidak tahu direction or location..but diorang tidak tahu HRC tu apa..hahaha…so next action aku pergi tanya ticketing officer di train station tu. Dia sebut location yang berbunyi “UuBERGH” hampir 3 kali aku suruh dia repeat. Memang itulah sebutannya. After return to all the girls, beeps tanya wats the location? Aku pun sebut benda yg sama “UuBERGHHHH” rasa macam anak tekak hampir terkeluar. Hahahaha….problem….macam mana mau locate the station? Al maklum lah, sebutan and spelling orang perancis ni different…agak lama jugak la kami study the map. Rupa rupanya AUBER..we have to change train at Auber station. As soon as we get out from the station, ternampak starbucks depan mata. OWH! How can I resist! Singgah dulu untuk beli coffee and tumbler utk dibuat cenderamata.
Jalan jalan di walkway tu, tiba tiba, dengan tidak semena menanya..kedengaran suara perempuan menjerit. Apa kejadian???? Tragedi skirt terbang menutup muka hahahaha….tips, berhati hati pabila berjalan di walkway sekitar paris. Kadang jaringan besi tu rupanya ada trap. Angin meniup keluar bisa membuatkan skirt terbang ala ala Marylin Monroe gitu. Mangsa kejadian: Beeps and leleng hahahah…sambil disaksikan pakcik tua yang senyum senyum kambing sambil tepuk tangan hehehe
After secawan starbucks diperolehi, maka kami meneruskan perjalanan untuk mencari HRC. Agak terpinga pinga jugak la dibuatnya. Tapi mujur suasana nyaman dan indah. Dapat bergambar sambil sesat mencari.
Opera Comique
Then after that, we decided to visit the Eiffel Tower just to get the night view. From Chausee d’Antin station we stop at Bir-Hakeim station. And terpaksa berjalan kaki agak jauh jugak la sambil menahan pundi kencing sebelum pecah. Keadaan jugak agak sesak, maklumlah, bukan kami berempat saja yang mau visit the tower ;p Along the way, banyak pak hitam menjual souvenirs, especially keychain Eiffel Tower and scarves. Murah pulak tu, so I suggest those yang mau membeli souvenirs beli saja dari sini.
The view? Well see it for yourself.
So far, the Eiffel Tower really excites me. After tgk live only, I realized I’m in PARIS hehe. Apa yang dibayangkan dan dilihat daripada gambar atau peti TV tidak sama dengan perasaan apabila melihat menara ini di depan mata sehinggakan lupa untuk membuangkan air takungan yang dipendam di dalam pundi ;) Agak lama jugak kami beraksi di sini. Just to get a nice shot! Memang nice, cuma keadaan muka yang berminyak membuatkan gambar kurang cantek!
But standing under the iron lattice tower really amazed me. Terbayang cerita Rush Hour 2 masa Jackie Chan bergelutan di sini. Walaupun tipu belaka haha
And it was awesome to see the tower when it glitters. It glitters once beeps snap this photo…kewl huh
After puas bergambar, kami pun gerak untuk balik ke hostel. Jam pun almost 12am already, takut ketinggalan train pulak. So besok sajalah kita round Paris okay
No comments:
Post a Comment