18th June 2010, Friday
Happy birthday beeps and leleng...hmmm pagi pagi wish lagi. Seperti yang telah dirancang, hari ni mau bangun awal and gerak awal untuk shopping Massimo and T shirt papito ku, sambil mengambik gambar Madrid buat kali terakhir. Lagi pun kena check out hostel jam 11 pagi.
Apy tidak join aktiviti pagi hari ni, cos mau merehatkan betis. So just the 3 of us yg melancongkan diri. We had our breakfast at McD first, then baru berjalan jalan. Tengoklah gambar kami ni dulu....
my breakfast
Plaza Canalejas
Congreso de Los Disputados
Edificio Grupama
Fuente de Neptuno
Obelisco Dos De Mayo (Monument to the Fallen of Spain)
Gardens at Paseo del Prado
Banco Espana
Paseo Del Prado
Cafe at Paseo Del Prado
Juan Valera Statue
Jamon Iberico
Jamon iberico is actually daging babi hitam salai. Kalau jalan jalan sekitar Madrid ni memang selalu terserempak dengan restoran yang menjual jamon a.k.a pata negra. At first memang aku pelik, apahal banyak sangat paha lembu ni bergantungan di spain ?, after aku google baru lah aku tau yang ni babi salai, and its very famous in Spain and Portugal .
Alang alang merayap pagi ni, kami ambik kesempatan untuk locate The Cibeles Fountain, cos masa 1st day memang terjumpa Plaza de Cibeles, but the fountain tidak kelihatan pun. This fountain merupakan symbol yang penting untuk Madrid . Fountain ni melambangkan dewi yang menaiki chariot yg ditarik oleh singa, dan dewi itu memegang kunci kota Madrid . Begitu simboliknya monument ini, sehinggakan ia dijadikan tempat untuk meraihkan setiap kemenangan pasukan Real Madrid. Cuma aku musykil, macam mana diorang boleh sampai ke tengah tu, cos it was located at the center of a big roundabout. Puas lah kami ni berpusing pusing mencari spot yang menarik untuk mengambil gambar, silap silap dilanggar kereta jugak lah ni.
Palacio de las Comuicaciones at Plaza de Cibeles
The Cibeles Fountain
Sampai di area Colon , singgah lagi ke HRC untuk memborong t-shirt, macam tidak puas pulak masa datang hari pertama hari tu. Then only proceed to Massimo, dapatlah jugak sehelai baju linen putih berenda di dada untuk si kak itok. As for the price, macam sama jak beli di Malaysia , tapi turutkan hati jak la, nanti muncung pulak bibir si kakak. On the way balik, sempat jugak grab sehelai t-shirt Madrid warna kelabu untuk papito. After that check out hostel, bermula lah lagi aktiviti backpackers kami, kali ni beg aku sudah beranak. Menggalas backpack seberat 11.5kg dan menyorong beg trolley seberat 5kg, perjalanan menaiki train yang transit 2 kali menuju ke Barajas Airport .
Hari ni flight easyjet kami dijadualkan untuk bertolak ke Lisbon jam 4:55pm, awalnya sampai airport. Bukan apa, untuk mengelakkan tragedy Luton-Madrid hari tu hahaha. So after check in, kami ambik langkah proaktif, terus boarding. With no activity, apa lagi, memerut lagi lah. Disebabkan kami boarding awal, so not much choice dalam boarding hall tu, so makan jak la sandwich vegetariano dengan lime juice. After memerut, kami pun berkhemah di depan gate kami. Tidak cukup dengan itu, memang betul betul depan pintu gate kami duduk berlunjur kaki di atas lantai. Kali ni memang mau avoid lah tragedi larian bersungkur tu.
Sembang sembang sambil tgk gelagat orang, hmmm apa lagi, tgk tv live lah....tengok mat salleh bercium jak kerja kami ni, lepas tu ketawakan orang, macam tidak biasa tgk d TV pulak. Then suddenly, 1 tall guy came. Tapi tidak hensem ya, so tidak perlu dibayangkan bentuk wajahnya. He was asking, kami ni mau ke mana, and this gate mau pergi mana. So kami pun jawab lah Lisbon . Mau act friendly tanya balik destinasi si dia. Katanya mau balik paris . Owh mamat perancis rupanya, patutlah tidak encom. Then dia tanya balik, “how’s Madrid ?” aku pun jawablah “MAGNIFIQUE”, lantas dia terkejut dan bertanya samada I can speak French. Dari situ, berbual bual la kami. Katanya dia datang ke Madrid atas urusan kerja, and tidak berkesempatan untuk merayau-rayau di kota ini. After balik paris sehari, dia akan merantau lagi atas urusan kerja. Dia ni kerja dengan gomen, nampak gaya pun macam orang penting. Tapi kenapa naik easyjet ya??? Tapi memang friendly orangnya, siap invite kami pergi Paris hari ni jugak, cos dia siap offer mau bawak kami jalan jalan. Atas niat apa? Tuhan sajalah yang tahu. Tapi kalau betul niat dia baik, lumayan jugak percutian kami.
Jam sudah menunjukkan pukul 4:30pm..hmmm pelik, belum ada orang berbaris pun, gate pun belum di buka. Tengok skrin atas pintu gate tu kosong. So I asked beep to check it out, and si Apy pulak pergi toilet. Tinggal lah aku and leleng untuk bermesra dengan mamat perancis ni. After few minutes, kedengaran suara beeps, menjerit sambil melambai ke arah kami. “TUKAR SUDAH GATE KITA!!! BUKAN DI SINI!!!” ahhhh NOT AGAIN!!!!! Kami pun memulakan upacara larian kami, aku pulak menjerit dalam toilet mencari si Apy ni…huh mujur gate tidak seberapa jauh, tp end up kami line up di belakang sekali. Haiiiiii datang awal pun tragedy!!!
In flight situation: memang aku tidak sabar mau masuk flight ni, dengan harapan mau menghantar mata cos pagi tadi kena bangun awal, tidak cukup rehat la. Akan tetapi, flight kali ni memang disaster. Masa ambik seat, kami pelik apahal mamat sebelah ni pakai baju French Maid? Muka bukan main hensem, ala ala Tom Cruise (better than), tapi otaknya mereng pulak. Siap ada bulu ayam pulak tu. Apy kata, agaknya si jantan ni kalah judi! Sebab tu kena pakai baju macam tu. Tidak lama lepas tu keadaan kucar kacir, kawan kawan si mamat ni duduk belakang kami, adalah dalam 10 orang macam tu, buat bising bising macam kapal tu private jet diorang pulak. Semua pakai T shirt yang sama pulak tu. Ohhh rupanya diorang ni celebrate bachelor party si mamat Tom Cruise ni. Habis kena buli, dari awal sampai lah landing. Macam mana mau tidur kalau diorang ni bermabuk mabuk dan tidak pandai duduk diam!
Setibanya di Portugal, everything’s under control. Cuma lambat sikit naik bus, cos we don’t know where’s the bus stop area. From aeroporto, kami naik bus untuk ke Lisbon View Hostel which located at Praca da Figueira somewhere in Rossio. Ini satu hal lagi. Bila naik bus, mana lah kami ni tau Rossio tu di mana, and bagaimana rupanya. Mujur ada Apy. Apy ni kalau di negara yg non English speaking, confident level dia tinggi. Hehe dia pun bertanya kepada one of the passenger in the bus. Compared to Spanish, kira portugese ni pandai sikit cakap English. Kalau diorang tidak faham pun, they will try to understand and the people are very friendly and helpful.
Praca da Figueira
Setibanya di Rossio, kami cuma mengikut arahan yang tertera di hostel booking confirmation untuk mencari lokasi hostel. Pusing pusing jugak dibuatnya. Portugal is like fairy tales. Bangunan yang buruk berlumut but very colorful, quiet and peaceful environment, beautiful portugese pavement, cute yellow trams…terasa macam kembali ke masa silam..ni yang membuatkan kami tidak sabar untuk discover the city tomorrow. Arrived at the hostel, ada 2 benda yg buat kami rasa gundah dan takut. First, all the buildings here memang buruk, so apalah kejadian rupa bentuk hostel kami ni? Second, tiba di lokasi, the hostel macam tiada penghuni. Rang the bell for few times, and tiada siapa pun yang appear. Hmmmm habislah, memang kali ni lah…mana mau tidur malam ni??? Dengan beg beg lagi ni..badan pun letih and melekit. Nasib baik ada number fon, the owner replied, she said she’s at another hostel and will be back shortly. Huhhhh lega…
As we enter the hostel, wahhhhhhh….its really different form the outside. Macam service apartment. The place is full with mirrors here there and everywhere, the curtains all in red, the house deco semua from ikea, so membuatkan tempat tu nampak funky. And we can do whatever we want to do. Yahhhoooooo…..toilet memang luas gila siap ada bath tub, ruang tamu disediakan dgn tv flat screen, internet dan bahan bacaan, the kitchen is free to use anytime you want, with food supplies, you can eat anytime you want, satu lagi, washing machine provided, and you can use it for free, sabun disediakan and tempat sidai pakaian pun ada, iron and hair dryer pun ada!..wah kalau macam ni, rasanya macam tinggal di rumah, bukan hostel. Happy meter color hijau!
the hall
our room
bathroom
kitchen
After rehatkan betis kejap, perut pun terasa lapar, kami just jalan sekitar Praca da Figueira untuk mencari makan. Nampak McD, serbu jak lah, paling senang order set fillet o fish. Ishhh kenapa diorang ni sukak berkawan sama anjing???? Ke mana mana pun bawak anjing, sampai masuk kedai pulak tu..ishhhh…tak suker tak suker (Ceh!) After memerut, kami pun decide to go to Hard Rock Café, memandangkan lokasinya Cuma by walking distance. Cilok cilok masuk lorong, sampai la di kawasan Restauradores.
HRC Lisbon
Hotel Avenida Palace: the oldest hotel in Lisbon, and the obelisk in Restauradores Square
Foz Palace
Praca dos Restauradores
Itu sahaja activity untuk hari ni, besok kami mau discover this old city, isssshhhhhh syiok ni, PASTI!!!
wah.. itu katil kamu kah?? mcm katil massage pula.. nda jatuh kah mlm? ^_^
ReplyDelete