Followers

Monday, July 5, 2010

My Euro Trip Adventure-Madrid Part II

 16th June 2010, Wednesday


Ola! itulah yg sentiasa kedengaran di Madrid ni. Hidup sebagai backpackers ni memang friendly with each other. Semua orang dalam hostel tu akan bertegur sapa tanpa mengenal jantina dan bangsa. So, walaupun aku masih baru untuk digelar bekpekes, arghhh itu bukan jadi penghalang...aku pun mirroring diorang ni la.


hmmmmm hari ni excited sangat, bukan sekadar mau menjelajah kota Madrid. Tapi hari ni mau pakai baju Desigual. Al kisahnya, baju ini beep beli di kota singa, aku pula beli di kota lumpur, harga memang rasa macam mau puasa makan malam sebulan, tapi disebabkan kesemangatan mau ikut tema musim panas spain ni, maka hati pun berkobar hari ni mau round kota madrid sambil memperagakan dress designer sepanyol, utk mendapatkan hasil gambar yg cantik untuk di upload ke fesbuk nanti.


After bersolek bagai, kami pun breakfast jak di hostel. Hostel yg ni tidak provide breakfast, tapi ada mesin pembuat kopi di tepi hall tempat kami lepak setiap malam. Harganya 1 euro, cappuchino tu memang minuman rasmi aku lah masa di sana. Selesai, kami pun memulakan eksplorasi. Bukak pintu lobby, phewwwwww....4 ekor menjerit. "Oiiiiiiii sejuk lah bah ni...musim panas apa ni????" hahahahhahah hari ni wrong outfit gamaknya...siap kena phewiiit mamat sepanyol, kejutan budaya kot nampak betis di pagi hari hahahaha...oleh kerana semangat sangat mau meragakan baju, langkah kami tetap confident hahah



Lokasi pertama hari ni merupakan lokasi penggambaran cerita Vantage Point, iaitu Plaza Mayor. Jangan risau, hari ni kami tidak berlakon. Berlakon tu nanti masa di Paris baru aku cerita. Plaza Mayor ni merupakan salah satu famous attraction in Madrid, due to its location yg terletak di tengah kota Madrid. Bangunannya tersusun rapi, berbentuk square, dan salah satu barisan dinding bangunannya penuh dengan paintings yg mengghairahkan. I TELL YOU!



 2 model desigual shooting with Estatua de Felipe III


 kamurang nampak kah tu paintings?



After taking lots of pics, kami pun merangkak ke next attraction. On the way tu ingatkan mau singgah di kedai Desigual, tapi oleh kerana kesemangatan betul mau berjalan, kedai pun belum bukak lagi, gamaknya, kami sempat singgah kedai kedai souvenir jak la. So tibalah kami di Royal Palace, the official residence of the King of Spain in the city of Madrid, tapi hanya digunakan untuk state ceremonies sahaja. Perasaanku masa di sini? Memanglah happy meter ku color hijau, terasa very the spain. SPECTACULAR. Bangunan yg sangat indah, besar, gah, mewah dan putih berseri! Dengan ditiup angin Madrid…memang sesuai untuk bergambar, mari kita tengok gambarku….



 The Royal Palace


 a.k.a Palacio Real


 outside view



It is the largest royal palace in Europe, also the largest buildings in Madrid. Entrance fee is 8 without guided
tour. Once masuk istana ni memang mata tidak pernah jemu untuk meneliti details of their architectures, especially the ceilings and the throne room. Aku siap terbayang macam manalah kehidupan seorang raja ni? Ada dia ambik kisah kah pasal semua decoration ni? Oopsss dilarang ambik gambar and dilarang menyentuh segalanya, not even the wall. Kawalan memang ketat, the guards memang macam anjing, nampak orang rasa macam mau menggigit jak. Hahahah keluar dari palace tu sakit leher, sebab asyik mendongak tengok arts on the ceiling.


Berdepan dengan entrance to Royal Palace tu ada another attraction. Catedral de Santa María la Real de la Almudena, memang panjang namanya..tapi ndak lah kami masuk, ambik gambar dari luar saja, gereja jugak kan. So after Royal Palace, kami mengorak langkah dan tiba di Plaza de Oriente. Di sini terdapat satu garden berbentuk semi circle, dihiasi dengan statues of spanish kings zaman gothic dulu. Cukup untuk menangkap gambar sekeping dua sahaja tanpa mengexplore taman tersebut, kini tiba masanya untuk memerut.




 the cathedral


 gardens at Plaza de Oriente


 yuk makan di Gran Via



 oh ya, sempat lagi bergambar dengan si matador palsu ni di sekitar Plaza de Oriente



Kami decided untuk menyusuri jalan sekitar Gran Via, one of the famous street in Madrid di mana ia akan bertembung dengan Calle de Alcala (jalan masa 1st day mau ke Hard Rock hari tu). Memang terdapat banyak kedai, restoran dan teater, carbaret namun kami tetap berkeras dengan niat hati yg kental, yakni MAKAN! Cari punya cari, memang difficult to find halal food in Madrid kalau compare dengan London, tambahan pulak the cost memang pricey kalau mau dibandingkan dengan budget harian kami, untuk makan cuma 10 sehari, inclusive of breakfast, lunch and dinner, segalanya sudah termaktub dalam buku panduan cuti cuti europe kami. Mau ndak mau, terpaksalah makan di Starbucks. Can you imagine, starbucks for lunch? Itu pun makan sandwich tuna jak, puas berkomunikasi dengan pelayannya at last kata kuncinya “VEGETARIANO”


 one of the cabaret located in Gran Via


 memerut di starbuck sambil planning our journey


inilah lunch aku hari tu, cost me 7 Euro


After makan, we decided to visit Stadium Santiago Bernabeu, pergi situ mau naik train, so kami ambik train from Plaza de Espana, one of the famous square di Madrid. Before that, sempat juga berpossing bagai dulu.

 Cervantes Monument at Plaza Espana


 

Dan tibalah kami di Estadio Santiago Bernabeu, the home of Real Madrid. Setibanya kami di sini, kelihatan suasana yang agak crowded. Dengan adanya big screen dan pentas seakan akan ada konsert sure heboh rasanya, tambahan pula di sekitar stadium itu terdapat ramai fanatic football. Oh hampeh terlupa, hari ni ada match between spain and Switzerland. So hari ni tidak dapat lah enter the stadium, dengan tidak semena menanya, kami pun kegilaan jugak macam fanatic diorang. Kalau di ikutkan aku ni, manalah aku peduli dengan si world cup ni. Hmm, beriya lah kami ni bergambar-gambar dengan budak2 spain ni, jangan kau hairan, bapak budak pun terselit jugak di situ. Juanes penyanyi tango la camisa negra merupakan artis jemputan hari tu. These pics kira my favourite cos they’re full with colors and happiness. Kali ni happy meter colour hijau sampai jarum penunjuk pun mau patah. Sempat jugak kami ni berconteng muka, which cost us 1 only (amboi), masa sesi melukis tu, kami sempat di interview oleh wartawan wartawan tv, kelass…kau mesti jeles mak masuk tv international gitew. Malangnya wartawan tu bodoh, diorang ndak tau Malaysia tu apa.



 we're going to santiago bernabeu


 tadaaa...the stadium


the entrance, malangnya tutup


 with the spanish girls


 kami yang selesai dilukis


 mangsa pertama


 happy masuk tv madrid


 mangsa seterusnya...lupa untuk crop atuk di hujung tu


 hai...ada lagi si atuk ni, baru mau perasan dengan si encem ni


 esto es espana...padahal kalah hahah


 if u noticed this ball appears dalam iklan hyundai sempena world cup


 mau sign jugak!!


 sesi temubual kami



Best betul suasana di stadium tu, sehingga ada jugak terfikir mau tgk the football match di situ, tapi event tu tiada dalam itinerary. Lagi pun sebenarnya kami ni ada reserved plan. So bergerak lah kami ke San Lorenzo, dengan tujuan sebenar untuk melawat San Lorenzo El Escorial. Malangnya hajat tidak kesampaian. Aku buat hal la pulak, boleh bolehnya aku dengan confident membawak diorang ni ke San Lorenzo dengan menaiki metro, as soon as we go out from the station, tgk tempat ni macam sunyi jak, bangunan pun biasa biasa jak. Mujur ada senyorita menegur kami. “Cómo puedo ayudarlo?” dia berbahasa spainish. Kami dengan geniusnya mentranslate “anything that I can help you?” agaknya la ;p so kami pun tunjuklah gambar el escorial ni. “Haiiiiii.. Ha perdido su mente? Esto no es correcto ” senyorita tu jawab sambil tepuk dada. Hmmmm sudah, salah google la aku ni, yg lain sudah tgk muka aku yg maintain confident ni.

Lantas senyorita tu berkata lagi “A unos 50 kilómetros de Madrid, dirección noroeste, en la falda de la sierra, se halla la localidad de San Lorenzo del Escorial, en torno a la cual hay hermosos paisajes y centros de interés artístico e histórico. En la basílica se conservan dos grandes cenotafios: el del fundador, Felipe II, y el de Carlos I, con sus respectivas familias, a uno y otro lado del altar mayor. Las esculturas orantes en bronce dorado son, como las del retablo, de Pompeyo Leoni. Tanto el Monasterio como las zonas de palacio que alberga El Escorial, fueron decorados por pintores italianos llamados por Felipe II, entre los que destacan Zuccaro, Tibaldi y Cambiaso, que pintaron al fresco las bóvedas de algunos de los espacios más importantes: Biblioteca, Sacristía, Salas Capitulares, Claustro Bajo, Escalera Principal y la Galería de Batallas, plaza de oriente!”

hmmm kali ni lebih panjang…aku dgn beeps cuma menjawab “ya anjing, iya, ntah apalah yg kau cakap ni, kami ndak jugak faham, tapi beriya kau mau explain ya la anjing a ah”  Selepas senyorita tu merapu dan hilang dari pemandangan kami, kami pun ketawa macam sial. Kali ni memang aku jadi lauk, datang San Lorenzo semata-mata mau membeli mineral water lah jawabnya. Tapi tidak mengapa, lepas kejadian itu, sudah terbukti bahawa kami adalah backpakers tegar! Finally we decided to drop that attraction from our itinerary then heading to next venue. 

 inilah San Lorenzo: kamu pernah pergi?



Venue kali ni memang menarik, iaitu Las Rozas Village. Kenapa menarik? Because it is a shopping destination with over 100 luxury fashions and discounted designer brands up to 60% off. Tujuan asal mau ke sini actually untuk mengangkut Desigual, dapat lah jugak 2 helai, very the cheap! dan angkut jugak barang barang lain yang berkenan di hati. Yang bestnya shopping sini keadaan memang tenang dan sunyi, very relax time shopping shopping. Tapi mau pergi ni tempat leceh sikit, kami terpaksa ambik bus from Moncloa station. Masalahnya....bahasalah lagi...tapi yg penting kalau beli tiket, sila sebut "Quatro Persona" hehe









 memang susah mau jumpa langit yg biru di Spain, setiap hari langit ditutup awan



After shopping sampai mau runtuh, balik ke Puerta Del Sol singgah kejap di Real Madrid FC, dapatlah sehelai baju untuk si jejaka yang tertinggal di Malaysia tu. Singgah jugak di few souvenirs shops, banyak yang cute cute tapi sorrylah kawan, aku datang sini mau makan angin bukan untuk beli barang orang, so those yang dapat, dapat la..siapa yg tidak dapat, apa boleh buat la..kumpul duit sendiri ok. Perut lapar, kaki pun penat so kami pun cari makan di area belakang hostel kami..this time we are so lucky to find halal food, but no choice la, have to eat kebab.

 the Real Madrid FC


kalau tidak silap di lorong ni la tempat makan kami, tapi lupa la nama jalan ni


 sambil cari makan, saw this building with nice mural


 kedai lebanese lah ni


 doner kebab for dinner




belum puas lagi, balik tu kami singgah supermarket untuk beli stock makanan untuk besok..adoiiii penatnya..kalau tidak mandi malam ni boleh kah????

2 comments:

  1. ingat juga kau setiap patah perkataan yg dia ckp??? hehehehehe...

    layannn...

    ReplyDelete
  2. love reading your blog..especially this one coz im planning to go to Spain next yr=)

    ReplyDelete