Followers

Friday, July 2, 2010

My Euro Trip Adventure-London Part II

13th June 2010, Sunday


Good Morning London….arghhhh…hari ni rasa macam tidak puas tidur. Biasalah, 1st day tempat org memang jarang dapat tidur yg nyenyak walaupun menggunakan eye mask sponge bob hadiah lucky draw aku. Tp bukan factor itu jak, tilam aku ni empuk sangat. Terasa la spring springnya tu seolah ada pemukul telur dibelakang aku, di tambah dengan bantal yg nipis ibarat towel baby dilipat2. Hmmmm menyesal pulak tidak bawah bear bear aku pemberian si suzie tu. Nasib baik selimutnya duck feather.


Jam 5 am, keempat-empat zombie sudah pun bangkit. Terang gila di luar tingkap tu, ingatkan sudah terlambat. Kami pun bersiap siap lah mau memulakan adventure kami. Ikut itinerary, hari ni kami akan ke Stonehenge, Bath, Oxford and Surrey. Jam 630am kami sudah tiba di Baker Street Station hendak menuju ke Waterloo then ambik Southwest train to Guildford. Hahahahaha train station pun belum bukak, kalau ikut time table selalu sudah bukak, tapi terlupa pulak hari ni Sunday. Don’t be khuathir…kita bergambar-gambar lah dulu…still got time, kami breakfast lah di McD

tidak tau la ni patung apa...sapu jak lah


baker street station yg belum mengundang kedatangan kami


berpeleseran lah kami


lorong antara starbucks and Mc D


oh bas itew sudah puas ku tgk dalam tv..sekarang sudah d depan mata


inilah breakfast on budget ku hari ni


Setiba di waterloo station, kami pun belilah tiket train to Guildford. “jangan lupa, beli tiket group of 4 return, harga lebih murah” pesanan effa. Eh siapa pulak si effa ni? Ha dia ni kira pangkat anak buah aku lah, anak kepada sepupu 2 kali aku. Dulu kami satu kelas masa sekolah rendah, after UPSR masing masing bawak diri…dapat keep in touch dgn dia ni pun baru tahun ni, hasil paksaan Bujie utk contact dia since she is studying there. Actually, today si effa ni sudah berjanji untuk bawak kami jalan jalan n rayau rayau, dengan upah kongsi kongsi duit minyak and sewa kereta jak.

best mau naik tren lagi


train yg selesa sangat



Setibanya di station Guildford, bayangan si effa sudah kelihatan menunggu ketibaan kami. Wah, sudah besar si gadis manis ni hehehe...berjabat, peluk, cium mesra and jejak kasih..kami pun memulakan journey to Stonehenge. Lama jugaklah perjalanan ni, dalam 40 minit jugak. Terasa gembira bila nampak batu batu dari jauh..hmmm tidak semua orang yg ke London akan datang sini ish ish...gembira kami. Bukannya ada apa pun di sini ni cuma batu batuan dan rerumput sahaja, tapi view memang cantik kalau mau bergambar.

stonehenge dari jauh..macam palsu


macam wallpaper desktop pulak


di atas tapak tanganku ehhee


itulah si effa


dua budak gembira..impian sudah jadi kenyataan

aksi lompat mesti wajib



Sesudah puas, kami pun decided utk move to Bath. Wah lupa pulak, sekarang time utk makan, patutlah lapar, nasib baik si effa ni buatkan sandwich and bekalkan beberapa bungkusan kudap kudapan, itulah alas perut tengahari kami. Singgah sebentar jugak di gerai strawberry di tepi-tepi jalan. Lepas mengalas perut sikit, rasa ngantuk pulak, aih empuk lagi cushion kereta ni daripada katil di hostel tu. Perjalananan pun ambik masa lebih kurang 40 minit. Hmmm zzzzzzzz....

Setibanya kami di Bath. Seriously I never heard bout this place, yg aku tau Roman Bath jak, tapi boleh tahan jugak. Pemandangan yang cantik, cuaca yg bagus memang menjadi tempat tarikan pelancong lah. Untuk lebih lanjut about bath sila click sini 

Bath (bukan bermaksud mandi)




one of 104 decorated pigs yg famous bertaburan sekitar Bath


Bath Abbey




Pulteney Bridge



Parade Garden



Kerana masa menyemburui kami, maka kami pun beredarlah pulak utk ke Oxford dengan niat sebenar mau mencari si Harry porter hahaha…eh eh jauhnya perjalanan kami…another 40 minits lagi…baru tu tidak boleh membuta, nanti kena marah si pemandu heehe…tahan jak la mata aku…tapi cantik juga pemandangan sekeliling. Semua macam Farmville. Untuk peminat keras Farmville tu at least boleh lah dpt sikit idea macam mana mau hias farm diorg kalau tgk view di sini hehe.

Kami sampai di Oxford around 430pm, tapi kami mengalami kesukaran untuk mencari parking. Hmmmm sabar jak la bontot ku ni. Agak ½ jam jugak kami mengelilingi bandar ni..hmmm akhirnya dapat jugak. Satu hal pulak, mau mencari balik lokasi attraction. Memang cantik jugak tempat ni architecture nya, tapi masa dan tenaga tidak mengizinkan..so kami pun bergegas balik ke kediaman si effa. Sempat jugak aku tidur dalam kereta gara2 malas mau melayan si effa yg sesat ni haha…setibanya di hostel beliau, kami pun dijamu dengan masakan beliau. Ingatkan dapat makan nasik dengan lauk ayam masak merah, rupa-rupanya spaghetti Bolognese, garlic bread and daim cake. Lepak kejap di bilik, hantar sisa buangan, hantar betis, hantar mata, hantar angin, kami pun beredar balik ke London naik train. Hmmmm penatnya hari ni....sejuk pulak tu...tapi tetap mandi untuk kesegaran ahhhhhhh







Besok round kota London pulak....

2 comments:

  1. Cantik nya... wah stoneH.. my dream place to go jugak.. ^_^

    ReplyDelete
  2. wah best giler. agak2 berape bajet nk cover?

    ReplyDelete