Balik kampung tahun ini gembiranya lain sedikit daripada tahun lepas, hmmm tahun ni kurang lonely beraya di Tawau. Bukan sebab udah bersuami, bukan sebab ada ahli baru dalam keluarga, bukan sebab baju raya 20 pasang, tapi seperti yang telah dijanjikan tahun lepas, tahun ni beep and me akan beraya sama di Tawau, meneruskan tradisi budak smekom kami...
hmmm...memanglah excited, tahun lepas beeps raya di perantauan...kawan yang lain pun tidak dapat dijejaki. Agaknya beraya di kampung halaman sang suami kot. Dalam banyak banyak kawan sekolah aku, beeps memang sampai sekarang kekal dalam koleksi hidup, walaupun kami cuma sekelas semasa darjah 6, tingkatan 1, 2 dan 3.
Perancangan dan perjanjian telah dimaktubkan since tahun lepas lagi. Bila beeps tidak dapat beraya di kampung halaman, terasa sunyi sebab tradisi budak smekom terpaksa tergendala. So tahun ini, kami beraksi lagi.
Aku balik Tawau pada 16th September 2009 mengikuti penerbangan Now Everyone Can Fly, manakala beeps pulak memilih kenderaan darat daripada KK pada hari yang sama. Dan kami bertemu pada keesokan harinya untuk aktiviti pertama iaitu upacara berbuka puasa. Niat di hati hendak berbuka ala buffet di sebuah hotel yang baru tidak baru jugaklah dibina. Malang tidak berbau, its fully booked! 2 budak yang kurang fasih di Tawau ini meronta ronta, hilang akal tidak tau mau berbuka di mana ya. Akhirnya kami memilih sebuah cafe yang diberi nama Kayu Manis.
this would be the bar, as of the interior, biasa biasa jak
as for the menu:
I've ordered Vanilla Shake, and dihidanglah pulak dalam gelas plastik ni?
ni si beeps punya, ntah apa nama. Minuman ni sampai selepas waktu berbuka, sebab tu bila ambik gambar, tinggal half cup jak ;P
untuk pembuka selera, kami order pisang goreng yang dibalut dengan kulit popiah. Hai, kalau sudah kelaparan tu, tidak payah lah mau bukak bukak selera lagi. hmmm..
oleh kerna tidak banyak choice, kami cuma menyantap nasi goreng sebagai juadah berbuka
dan untuk menambah bil, kami order kailan ikan masin. Nasib baik ikan dia masin, kalau tidak, memang kena banned habis
well, overal rating biasa jak...tahun depan tidak pigi pun aku tidak kisah.
Lepas aktiviti pertama, kami berjanji untuk bertemu lagi pada hari raya ini, untuk upacara grand yakni "aktiviti budak smekom". Namun, upacara terpaksa di tunda ke raya ke2 cos masing masing busy melayan keluarga.
21st September 2009, kami bergerak lebih kurang 230pm. Agak lewat sedikit cos baju raya kedua aku belum siap. haha, cuma finishing jak, so a bit kelam kabut. Namun, mak tetap bergaya dengan hasil tangan mak sendiri
Inilah hasil kerja ku yang ntah ke berapa. Tapi aku cukup bangga dengannya
rumah pertama yang diserbu, teteng (siti asmah), our class mate masa form 1
diteruskan ke rumah idah (norafidah), school mate since darjah 1
mungkin si idah ni kurang di mention dalam entry sebelum ini, meamng kurang pun cos beliau sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata, so rumit sedikit kalau hendak beraktiviti
normally aktiviti kami cuma bergambar, hahah
dan lagi..cuma tukar posisi jak
harap anda terhibur dengan juadah kami hahah
23rd September 2009, hari sebelum aku balik, kami bertemu lagi. kali ni aktiviti meround bandar Tawau. Daripada jam 3 pm sampai ke malam. Kali ni kami berkesempatan untuk mengopi di hotel yang ingin dikunjungi earlier.
Promenade Lobby, cam karaoke lounge pulak
cafenya terletak di tingkat 7, kami memilih open area untuk melihat pemandangan yang berjerebu di hari itu, so no sunset
pemandangan Tawau ketika itu
dan di malam hari
tiada sunset, bulan pun jadilah, cantek~~~
dan inilah pemandangan cafenya di malam hari, memang cantik dan sejuk
sehingga membuatkan kami berangan ke Sepeyn
lalu gambar ini dinamakan "Eca beraya di Sidney" secara tidak semena mena
hai....i miss Tawau with Beeps oledi....
tu la..kalau suda kawen begitu la nasib. hahhaha!!!!
ReplyDeletei misssssss u toooo! bila mau lepak lagi ni ya...? adakah kena tunggu raya tahun depan or kita lepak2 berdua di Barcelona in June ya... xoxoxo
ReplyDelete