Followers

Wednesday, December 31, 2008

Rilek

Just to share with you all,

Yesterday, Nazir was crapping about his summons. So I asked him

Me : bear, macam mana abe tau abe ada saman?

Naz: tengoklah kat internet

Me : Macam mana?

Naz: http://www.rilek.com.my/


wah, aku amazed cos kali abg nazir memberi maklumat yang tepat, cekap dan amanah


Tapi bila aku ingat ingat, mana lah aku ada saman....memanglah aku pernah membuat kesalahan lalulintas...mari ku imbas kembali:


(semua kejadian semasa aku masih memandu kelisa mini gold colour pilihan mummy, hadiah konvo)



Kesalahan 1: Menggunakan HP ketika memandu


actually masa tu aku bukak loudspeaker, tapi ndak dengar so aku pun letak di telingaku kejap. Sekitar area jalan semantan, kereta polis pasang lampu biru. Tapi aku buat donno, so aku drag lah sampai ke jalan Parlimen, abg polis tu pun sudah PANAS dengan aku. Dua orang polis agak keretaku...puh pah puh pah..dia cakap aku kesalahan aku, aku cakap lah aku pakai speaker, tp dia balas "tak kisah lah u pakai handsfree ker...tapi salah memandu sambil guna hp. sebab 2 belah tangan kena letak dekat stereng" ok, habis tu kalau org hisap rokok sambil drive???-dalam hati kecil ku berkata. Pastu boleh boleh dia tanya, "kamu mabuk eh?" masa tu aku pakai perfume Flower Kenzo (bau arak ka?) aku pun tinggikan suara "agak2 lah Encik, ni baru jam 630ptg, kalau saya mau mabuk pun malam nanti lah" - aku pulak yang panas. Then dia cakap mau saman, aku cakap saman lah...polis blur...aku pun bagi IC..tiba tiba 1 of the polis guy to org sabah, so dia pun cakap2 dgn kawan dia then masuk kereta, pastu polis sabah bagi balik IC and sd "lain kali ko jangan buat lagi ah"

hahaha lepas aku.....



Kesalahan 2: Membuat pusingan U secara haram


Tempat kejadian di Jalan Raja Chulan, betul betul depan ofisku. Memang ada tanda pun no U turn, tapi aku selamba pasal ramai jak urang aku tinguk berpusing-pusingan di situ. Masalahnya ketika itu polis berada di depan tengah tunggu trafik light. Aku pun lauk lah. hmmm dia tanya


polis : nak pi mana cik?

me : damansara (sambil hulur ic n lesen)

polis : tau tak kat sini tak boleh u turn

me : huh? tak tau pon

polis : takkan lah awak tak tau, awak keje mana?

me : JB..(pasal no plet kereta ku JHB...doh...bodoh...kena tipu)

polis : oh..buat pe kat sini

me : ada kursus, tapi I tak tau jalan kat sini, tak familiar (goreng lagi)

polis : hmmm..ok, saman ni saya hantar pos kat alamat ic ye

me : ok (hmmm bodoh, kau ingat aku dupang macam kau..manada saman pos, mesti mau sign sign mah....)

hahaha terlepas lagi aku



Kesalahan 3: No road tax


Lebih kurang seminggu jugaklah roadtax tu meninggal dunia. ndak da masa mau pigi buat. So malam tu aku pun keluar parking dari Darby Park, timu tu lebih kurang 11-12mid lah...setiba depan KLCC aku nampak kereta polis keluar simpang aku buat bodoh jak. tiba tiba aku perasan lampu biru menyala aku pun buat bodoh jak. aku drag lah sampai Jalan Sultan Ismail, time tu polis bukak speaker shouting no plat aku aku pun stop lah di tepi jalan sambil buat muka nerd.


Polis : Selamat malam, cik

Me : oh selamat malam

Polis : awak tau tak kesalahan awak?

Me : tak? (aku pun pura-pura check seat belt)

Polis : hmm..awak keluar kejap, awak tengok road tax awak (sambil tunjuk ke arah deadth cert kereta aku)

Me : eh?? hari ni brp hari bulan? (ha, time ni lah aku berlakon, kalah Fasha Sanda ok)

Polis : tak pe, awak masuk kereta dulu, bagi Ic and lesen

Me : nah, saya betul lupa lah

Polis : ai, takkan lah awak lupa.masa cuci kereta takkan awak tak perasan kot

Me : Encik, benda ni setahun sekali, ada banyak benda lagi saya mau ingat. Encik tak nampak kah, kereta saya ni kotor. Bila masa saya basuh kereta?

Polis : Habis tu? Macam mana? (sambil bertenggek di tingkap keretaku)

Me : macam mana apa?

Polis : Ni kalau saya saman ni, RM300

Me : oh, ye ke...

Polis : Awak pernah kena saman?

Me : tidak (geleng kepala)

Polis : habis tu

Me : huh?

Polis : awak nak kena saman? RM300 ni

Me : hmm, ok

Polis : awak nak saman? betul? awak tak pernah kena saman ni

Me : hmm..tak pe, saya catit hari ni, merupakan hari pertama saya kena saman, tak pe bagi lah, nanti saya bayar.

Polis : kenapa awak nak saman? awak kerja mana?

Me : Citibank.

Polis : so, awak nak saya saman ker?

Me : ha la, Encik buatlah kerja encik secara professional

Polis : apa awak cakap ni? (bengang sebab hint duit kopi tak aku buat derg)

Me : ye lah, dah saya buat salah, awak saman jak lah (sambil tu aku tengok lencana berbunyi "SAYA BENCI RASUAH" something like that lah)

Polis : hmm..esok awak pergi buat (sambil memulangkan ic dan lesen ku)


hahahaha aku terlepas lah lagi sekali



So berdasarkan daripada pengalaman aku dan kawan kawan. Kalau kena tahan, tips: just agree kalau polis mau saman dan cakap before this tidak pernah kena saman. so maybe they'll think twice. Lagi pun, kak itok once told me, adik, you dont ever give any duit kopi to the police, its better for us to pay summon cos benda tu boleh menjanakan ekonomi negara (al maklum lah, kak itok tu kan ahli ekonomi

so berbalik kepada cerita Rilek.com tu, aku pun check lah by my new car registration number, ndak da apa pun keluar. But then bila aku search by my ic number nah!! ini hasilnya:



Oh, setelah sekian lama aku menipu, akhirnya jatuh ke tanah jugak. aku pun ndak ingat bila kah ini? Langgar lampu isyarat??? serious aku lupa ingatan. tapi seingat aku, aku memang pernah kena captured tapi kalau ndak silap di area UM and also Wangsa Maju. HAih...tahun 2006 pulak tu, habis???? macam mana ni????
p/s: kamurang jangan perasan sana...check dulu baru berketawa ok

Catitan untuk hari terakhir di tahun ini


huahuahuahua....Assalamualaikum....



31 December 2008, seperti biasa, kedengaran suara suara sumbang bercakap "wah pejam celik pejam celik setahun dah berlalu" kalau nenek aku cakap "ooi, ndak rasanya setahun sudah limpas ya". Nah, untuk muda mudi pulak "apa plan new year ni?". Aku yang sudah hampir mencapai usia andartu ini sudah bosan untuk bercountdown. Memang lah topik ini ada dibincangkan, tapi kalau boleh aku cuma mengidamkan slow mo punya activity. Damansara Perdana, a very nice place, setiap kali ada celebration, boleh tengok fireworks straight from my balcony, tapi mau tau keadaan trafik jam tahap siput babi. Tapi, kalau just sit at home just to avoid the congested places, takut pulak keboringan, sudah lah rancangan TV pun ala-ala tontonan untuk seisi keluarga.



Secara tiba-tiba, kemarin, Yaya tanya, apa plan? aik aku ingatkan semua orang mau duduk diam diam bawah tempurung. Rupa-rupanya, yaya pun malas mau berhimpun ramai-ramai..so cadangan utama untuk mengadakan barbeque at my pool side. Tapi, aku pulak kaget, macam lah ada pit yang kosong. So I called my management office to book the place, nasib baik ada, tapi kena bagi deposit RM100. Hai bila lagi mau pigi ni, nego-nego aku just cakap that I will drop a cheque and ask them to call me the next day to confirm.


Belum habis lagi, bahan mentah bila mau beli???? Nasib baik arang hari tu ada lagi dalam but kereta. So Yaya and me pigilah Giant semalam membeli ayam segala....memandangkan aku lah Tuan Rumah dan akulah bergelar CIK, so balik malam menyiang ayam lah lagi pastu marinate....si Yaya punya mintak puji tu mau lah membakar potato lagi buat ala-ala camping, memberus kentang lagi aku...jam berapa mau tidur????



Bangun pagi hari ni awal, jam 6. Sebab sudah plan dengan Yaya mau pigi kerja naik LRT jak, pasal takut nanti petang jalan macam jamban. Uiii beratnya kepala ku...7:20am sampai rumah Yaya, bertolak ke stesen Kelana Jaya, beli tiket RM2.30 to Masjid Jamek...ticket one way only...naik tren panas, ndak da udara, berhimpit cam sardin, Yaya pasang lagu melayu...LAYAN jak lah...seksa hidup aku....sampai Jamek beli tiket untuk balik nanti, then jalan kaki pigi ofis lebih kurang 10 minit...mau lintas jalan hampir kena langgar...bising lagi si Yaya. Hari ni bawak duit RM20 jak, pasal amoi udah pesan untuk berhati hati, maklumlah new year macam macam kejadian pastu naik LRT lagi berhimpit kan.



Sampai Menara Olympia, awal lagi, baru jam 8:20am, breakfast dulu di Level 3, order milo ais bungkus...MAK AI....RM1.60....kalau harga luar dia cakap RM1.80..ntah lah? kalau dia goreng aku pun manalah aku tau. Duduk minum jak, pasal ndak biasa berbreakfast berat-berat...macam kerajaan..masuk ofis 8:40am, lengang..ndak da orang pun...ada yang masih annual leave, ada yang MC, ada yang emergency leave...kalau begitu lah keadaannya, mesti hari ni kerja macam honeymoon. Productivity staffs boleh menyebabkan aku menopause kali ke 15.



Target hari ni 405k to reduce, tapi buat unpaid analysis cuma 90k reduce from 4:30 yesterday sampai jam 10pg. Emmm...nampak gayanya, semalam mesti customer malas mau keluar, apatah lagi hari ni, jalan jam, mau celebrate new year lagi,,,siapalah yang pandai sangat mau membayar kredit kad. So mau ndak mau, target mesti achieve, sebab after 6pm mesti kurang orang mau membayar, walaupun besok ada PH operation (yes, its true, besok aku kerja from 9am - 6pm) namun I dont thk customers will take the oportunity to pay....ahhh...enuff bout collection, aku ndak sabar mau balik, pasal aku mengantuk, kalau staffs aku buat hal hari ni, aku gigit dorang macam pontianak makan anak.



Lunch jam 11:45am, ndak tahan LAPAR!!! tapi makanan ndak sedap. Mintak duit Yaya RM10. Tiba-tiba time makan, papito mesej, "dik, tolong top up kan bapak RM30" anduk kesian, terpaksalah aku reply "aku hari ni ndak bawak duit. RM20 jak pasal new year, aku naik LRT. Takut kena ragut. bapak mintak dengan anak yang lain dulu ok" Kesian kan pacik lias.



Then, Im thinking, apalah pulak kejadian jam 6ptg nanti, certain jalan sudah di tutup. LRT mesti sesak, ramai orang, lebih lebih lagi Masjid Jamek. Petang kalau bersesak mesti bau ketiak.huhuhuh aku pening kepala pasal ndak cukup tidur. Pastu, kerongkong aku sudah rasa lain macam seperti mau demam, sekarang aku terpaksa minum ubat batuk. Sampai stesen KJ pun around 7pm then mau singgah Giant lagi pasal semalam lupak mau beli aluminium foil. Gini gitu jam 730pm. From KJ to my house, macam mana pulak keadaan trafiknya? Adoi, mesti lah ramai orang mau pigi the curve hari ni pasal setiap tahun pun ada countdown secara besar-besaran...huhuh I'm scared!!!!



Nanti sampai rumah, kena masak sup cendawan pulak. Hmmm si Yaya mintak puji lagi sekali. suruh aku masak, macam taik taik jak. tapi ndak pa lah...set up api nanti dengan bab membakar ayam, suruh jak jantan jantan tu buat. Ndak taulah nanti apa kejadian, ndak sabar tapi kalau ada power terus sampai rumah best jugak. ndak payah mau driving. oh 1 more thing, agenda malam ini bukan setakat barbeque, tapi acara renang kuak kupu-kupu, gaya bebas dan kuak lentang ada, dan jugak sesi hiburan from our guitarist Adil Fayadh..hmmm akan diblogkan...tapi jangan lupa...besok KERJA!!!!

Monday, December 29, 2008

Posto untuk Kengkawan

aku rasa macam menarik lah pulak bila membaca entry from ida . So this would be from my part



Dear Ida,

I admit that lately all the invitations to hang out with the girls I have to reject. bukan apa, Im packed with my work load here. Kalau dulu, you working shift pun we can find 1 sweet day to hang out, bitching, gossiping and do all the girls stuff. But then not only due to my work load, tapi I'm having a bit deppression on my job here thats why the other day I called to ask bout finding a new job. However, dont worry my darl, we'll meet someday ok, kalau boleh I dont even want to talk about work!!



Sasha mum to be,

Teringin lah sangat aku tengok keboyotan mu itu. Dont ever sd that you look ugly when you pregnant, Im sure wajah bakal seorang ibu itu ada lain manisnya dengan 27 year old virgin gal hahahaha...Sha post lah gambar2 perut boyot..apa pun I will find 1 day to see you just to touch your belly..kuang kuang



Beeps yang jauh,

When I read your post, seriously aku confused. I dont have any idea what the hell is that. Ya lah, kalau kau di sini at least aku boleh bergayut dengan kau bertanyakan cerita terkini. But I'm sure you know me well kan, aku ni se abad sekali jak tiba-tiba muncul...tapi incase ada benda yang private to share u can mail me at elsa@aeonmalaysia.com.my



Sophie dearie,

I heard bout the incident, and I dont know how to respond. Aku pun pernah jugak kena ragut ni. But for me, we have to be thankful that nothing bad happen to ourselves kan. Lately ni macam macam aku dengar citer pasal crime scene sekitar ibu kota...nowadays memang banyak orang desperate sanggup buat apa saja. Sekarang ni, everytime aku balik office aku memang ada perasaan takut..malang tidak berbau, kentut jak yang bau....tapi apa pun, aku selalu bekalkan ayat kursi untuk perlindungan, Insya-Allah, Dia akan protect us...girls remember that..



Sayang ku Ernie,

mana lah perginya si gadis ini??? I cant remember when was the last time we hang out..tapi whoever wish to have the gathering please ensure that Ernie join ok



My Puan Zurina,

Im so sorry that long time I never called you. this time I wont lie...aku terdelete your hp number...aku pun ndak kesedaran bila kejadian ini berlaku. But i heard you will transfer to KL but dont know when maybe next year kan...kadang segan jugak mau cari kau ni cos biasalah pengantin baru baru lagi, mestilah mau berkepit, so I just leave it to you, kalau mau jumpa, ok saja bah geng...



So girls, dont ever think that I tried to get away from you, its just that maybe for the time being belum ada jodoh lagi. But just to inform that January my mum will be back from Haji and February pulak my dad and 2 of my uncles will come down to KL to celebrate my dad's 62nd birthday...maybe these period I got limited time to see you guys...however I really miss hanging out with you all and XOXOXOXO

Sunday, December 28, 2008

My Weekend (2 days off)

Wah, this mth aku rasa macam terlalu banyak cuti. Walaupun aku volunteer coming to work on 29th and 1st (PHs). And still aku ada cuti lagi on 5th and 6th untuk menyambut mummy from Haji. So Saturday, 27th me and Nazir pergi jalan-jalan sekitar jalan chow kit, hmm kadang kadang kena jugak visit tempat tempat macam ni cos ada banyak barang yang kita ndak jumpa di shopping complex. Tapi, be wise like me, bawak abg Nazir, Duta Chow Kit, senang sikit.


But then, afternoon, I drop by office cos Im waiting for a friend to hang out with. And suddenly he called, sd that I have to follow him to accompany our friends to watch Rancangan Sehati Berdansa...OMG!!! enough with this reality show....cukuplah bawak mummy tengok AF dulu-dulu, AGAIN????


He only said that he got free tickets, rupa-rupanya, bukan sekadar free ticket, free entrance bah tu, dengan syarat, kami ni jadi supporter si Amyza & Khairil....MAK AI!! siap disediakan bus to Putrajaya, makan minum, t-shirt warna merah, banners and props lain2 lah. Mula tu ada excited sikit pasal boleh tengok live, but once I knew that i have to become a supporter aku rasa aku mati pucuk sekejap...sebab aku adalah jugak mengikuti rancangan tu, cos kadang-kadang tertengok, and pasangan Lisda & Fauzi tu really catch my eyes. hmmm...nampaknya aku jena jadi musuh dalam selimut lah.

PICC

menunggu masuk ke dalam dewan, sungguh di luar kawalan

Supporters have to sit at the right side of the stage, again, keadaan sungguh tidak terkawal and I cant believe that I'm in the group

Dont ask me, I dont know who is he

One of the banner, bagus jugak benda ni, at least dapat cover muka


kalau sudah duduk tepi tu, tiang jaklah yang nampak

Sampai habis rancangan pun keadaan masih tidak terkawal, tapi apa pun aku puas kerana pasangan Lisda & Fauzi menang. Walaupun aku bukan supporter dan tidak mengundi but I think they deserve to get the Winner Title. Anyway Congratulations, any pasangan Amyza and Khairil sorry to have such bad supporter.

Then today, Sunday, Nazir invited me and Yaya to join him for the TV3 Roda Impian Audition. 10 am kami berjanji untuk bertemu untuk mengalas perut dan kemudian pergi ke lokasi yang terletak di Kelana Business Centre. Keadaannya terkawal, orang tidak ramai dan audition dijalanjan smoothly.

Tengoklah gelagat kami:

Just for your information, macam mana audition dijalankan, adalah satu ujian, dia bagi sehelai kertas dan kena jawab beberapa soalan ala-ala roda impian tu, aku dapat markah 8/10. dua soalan yang aku ndak dapat jawab tu adalah:

sebelum & selepas: anak buah epal (aku dapat jawab epal jak)

atas peta: Sungai Siput Perak (yang ni aku jawab Sungai Bukit Merah)

Then after that adalah sesi temuduga, because dia mau tengok our personality. Yang part tu aku lulus cuma komen dari pihak tu aku ada masalah apabila bertutur bahasa melayu...agak slow (habis kalau hari hari di ofis speaking London macam mana jugak kan...lagi pun mana pernah pernah pergi interview cakap bahasa melayu)

Then final test is the screen test. yang ni memang macam sial. dia record lah gelagat kita, seolah olah kita dalam game show tu, kita kena act ada roda di depan tu kita pusing pusing, pilih huruf, cuba selesaikan, tapi kena kreatif, ceria dan happening. Bayangkan lah aku berteriakan di dalam bilik tu macam orang gila...tapi walau apa pun, its a new experience for me...kalau dapat akan di blogkan lagi

Wednesday, December 24, 2008

Secret Admire Programe-Grand Finale

On 23rd December 2008, finaly the Program comes to its end. Yup berapa kali sudah tunda aktiviti ini because al maklum lah, result collection ndak da, ndakkan lah kau mau berparti-parti macam orang gila di sana.

Serius aku memang rasa tidak puas hati with the program dengan tidak terurus dan not well planned. Keadaan sungguh tidak terkawal, bayangkan lah the whole CMG (credit cards, easy payment, agency and admin) joined, dan it was held in the floor, dengan keadaan cubicle, air cond tidak berfungsi, kaunter hadiah yang bersepah, numbering hadiah yang confusing, christmas carol yang kelam kabut...ha....padan muka diorang, baru diorang tau, kalau cik Elsa kita bukan jadi comittee memang nya begitu. pssttt...adalah ura-ura menyatakan bahawa Mr Poon simply dont want me to get involve because he dont admire my attitude kononnya cannot accept others opinion. POYO! I dont thk PKC will sd that..Zorry lah....Whatever!!!!

Aha, whatever pun, the purpose for me to add this entry is to post my grand finale gifts from my mentor
The wrapping, ada 2 gifts actually
actually, her hubby tu kerja Haagen Dazs, so memang la aku selalu dapat ice cream free
Tapi kali ni bukanlah ice cream, tapi eksklusif jugak lah, dapat dessert spoon with voucher
Yang ini memang aku sukak, lepas ni aku akan bling bling kan
Thanks Murni, and just to inform that, Murni is going to deliver her baby soon...hopefully semuanya selamat, its gonna be her 2nd operation...hmmmm.....sabar ya...

Thursday, December 18, 2008

A Visit to the Art Gallery


On Saturday, 13th December 2008, me, shahrol and alimi pay a visit to Rantai Art Event, located at the Red Bungalow, MIA Institute. Idea from shahrol, so me as a driver and alimi is the follower. As we entered the place, alimi said to me "Elsa, tolong anggap benda ni sebagai seni" because both of us showing our weirdo faces.

Look at the collections:

Keadaan di luar:

The bungalow


Budak seni



Gerai-gerai

Ada live band lah di luar sana



Objek Seni:



Tiba-tiba ada kuburan pulak dalam bungalow tu


Kaki sebelah

Meja tulis

Wall of photos

The Arts:








Tapi yang ini yang menarik:

At first aku pelik, kenapa dengan cermin yang bersepah ni?

Oh rupa-rupanya ada lukisan dia atas ceiling tu, so kita tengok melalui cermin di atas lantai

Apa macam??? ok kah?

Kena Tag 5x4


4 pekerjaan yang telah aku lakukan dalam hidup:
  1. Collector di Citibank: walaupun kerja kontrak tapi pendapatan agak lumayan
  2. Purchaser di Brothers: Sebuah kilang Jepun yang mengeluarkan mesin faks dan mesin fotostat, gaji masyuk tapi kerja haram siap pakai uniform
  3. Customer Service Exec di Freight Mark: my 1st job di sebuah company logistik, memang aku minat sangat industri ini, tapi kalau boleh aku mau incharge in operation
  4. Kerani part time masa study di UTM, kerja aku kira kira insurans kalau org mau renew roadtax. Boss gatal mau mampus

4 cerita/drama bersiri yang aku nak tengok lagi dan lagi:

  1. Heroes: kalau asyik direpeat2 pun ndak pandai faham jugak, its too complicated
  2. Will & Grace: memang aku n amoi sukak. Gelagat Jack ndak pernah jemu dilihat
  3. White Chicks: kalau tension gerenti gelak
  4. Sound of music: daripada kecik lagi kami tengok cerita ni, ndak pandai jemu. From this movie lah kita dapat belajar menyanyi lagu org putih :p

4 tempat aku telah pergi dalam seminggu ini:
  1. The Curve & Ikano: Pergi mengupdate blog during my off day
  2. Giant Kelana Jaya: Semata-mata mau mengunjungi kedai RM5 pasal mencari barang2 krismas
  3. KLCC: meluangkan masa dengan kawan kawan sambil menonton cerita Transporter 3 untuk kedua kali
  4. Aeon AU2: Melihat Aeon Spot yang baru dibuka di Setiawangsa sambil mencari kaunter Aeon yg baru (Sempat curi pen)

4 makanan kegemaran aku:
  1. Japanese : oh im craving for the california roll
  2. cheese cake : aku memang gemar cheese product (melamin tak melamin)
  3. Nasi Kerabu: plus daging bakar and solok
  4. Ketam Sumbat bakar with cheese on top

4 tempat yang sepatutnya aku berada sekarang:
  1. Out of Aeon Credit
  2. Hair Salon to get my treatment
  3. KK-lamanya ndak lepak di rumah si Mimi
  4. Nazir's cubicle sebab ada pending gossip

So the other 4 person I want to tagged are...
  1. Sasha
  2. Ida
  3. Beep
  4. Mimi

Tuesday, December 16, 2008

Dubrovnik at Solaris


This entry suppose to be posted last week. Bersempenakan birthday Amoi, we, the sisters pergi ke satu tempat yang cuma didengari sebelum ini dan belum lagi dikunjungi. SOLARIS thats the name of the place, somewhere in Mont Kiara. On the 7th December 2008, the 3 stooges ni pun go and explore the place somehow rather like AMEX haven...sbb every kedai pun got this logo, here, there and everywhere.



the view once we entered Solaris

view at the other end


The shoplots

Terancang jugak lah buat masa ni but dono how long

Japanese restaurant yang kami teringin mau masuk, but belum bukak lagi

nite view


Panorama View

The reason is to celebrate Amoi's birthday....so since kak itok just applied her AMEX, so there's a promotion in 1 of the restaurant located there name DUBROVNIK, where they serve Croation Cuisine.


The Restaurant


Tengah berbincang mau makan apa

The appetiser-macam roti nan cecah dengan sambal terung

The main course: Cevapi and Djuvedj & Chicken Agram

Bau lagi dekat???



And for dessert: small piece of cake that cost 22++ each

macam sayang mau dimakan, nasib baik ada AMEX (buy 1 free 1 promo)

And then balik kami pun singgah ke Giant Kota Damansara yang baru jak dibuka...tujuannya.....lihatlah di bawah:




(balik semua kenyang macam ular sawa)